Ahad, Ogos 16, 2009

SUKARNYA HIDUP INI

Salam kembali.

Hari ini baru Bid dpt guna komputer ni lg. Kakak buat kertas kerja katanya, jd dia tak bg Bid sentuh langsung komputer. Dia kata nanti kacau. Bid pun akur saja la, sbb nanti semua org lain ikut marahkan Bid juga.

Ni semua org pergi makan kenduri sempena sambut Ramadhan. Bid tak nak ikut, sbb nak masuk blog. Semua org pesan jgn lama-lama & pastikan kerja rumah mesti selesai bila mereka balik nanti. Terasa sgt pedihnya hidup ini ...

Tp Bid tak nak cerita yg sedih-sedih kerana nanti Bid lg rasa bertambah sedih. Masa beginilah Bid teringat nasihat Mama dulu. Bunyinya lebih kurang begini, "Hidup ni kena usaha sendiri. Kena bertanggung-jawap. Masa kecil, belajar, tu tanggung-jawap, jadi anak yg baik. Bila besar, nanti jadi manusia berguna. Tp belajar dulu sampai habis ..."

Bid pun bukan anak yg pandai. Mama kata, "Macam mana pun, usaha sampai dah tak boleh lagi. Lepas tu baru berdoa & berserah."

Benar kata Mama. Bid balik duduk dengan Mak & Ayah, ikut suka saja. Berbeza semasa duduk dengan Mama. Mama marah bila Bid tak mahu & malas belajar. Di kampung, Bid selalu kena marah bila tak tolong buat kerja rumah & tak tolong jaga adik dsbnya. Selalu juga kena pukul dengan mak dan abang. Keluarga pun tak senang. Masa tu la Bid nak balik duduk dengan Mama tp Ayah kata tak boleh lagi.

Jd sekarang Bid rasalah teramat susahnya. Bid tidak lulus SPM. Sekadar sijil tamat sekolah, Bid hanya dapat kerja sebagai pembantu kedai. Pun mak tak kasi sebab tak ada siapa nak tolong buat kerja rumah kerana kakak dah kerja.

Mama & Abah sedia terima Bid, tp Mak suruh Bid balik duduk rumah juga. Jadi tak tahulah bagaimana masa depan Bid nanti.

Khamis, Ogos 13, 2009

JALAN-JALAN MASA KECIL

Slm kembali.

Bid susah skit nak guna komputer ni. Bid tumpang kakak punya. Bila ada urusannya dia tak bg guna.

Kalau duduk dgn Mama tentulah lain. Tp Bid yg dah buat pilihan utk balik tinggal bersama Mak & Ayah semasa umur 8 thn lebih dulu. Cuma masa tu masih mentah sgt, buat keputusan tentulah yg kebudakan. Bid nak balik duduk dgn Mama, tp ayah tak kasi.

Bid lihat semua gambar-gambar Bid semasa duduk bersama Mama, Abah, & abang. Nostalgia kembali.

Memang rasa seronok sekarang. Yalah, bukan ramai orang yg berpeluang duduk & berjalan-jalan di luar negara.

Paling Bid suka ialah pemandangan semula jadi seperti panatai-pantai indah di California macam 'Venice & Malibu beaches. Niagara Falls & The Grand Canyon pun amat menakjubkan. Byk lg tempat semula jd yg amat cantik di Utah, Nevada dsbnya.

Pengalaman bermain snow juga amat menyeronokkan. Pada ujung tahun 1996, Bid dan Mak Tok dibawa melihat dan merasa tempat-tempat yg byk snow seperti Utah,Wyoming, dan Colorado. Mak Tok sampai demam kesejukan selepas lama sgt bermain snow di luar. Mama sudah melarang tp Mak Tok tak indahkan. Bila dah Mak Tok demam agak teruk, semua terpaksa balik ke LA lebih cepat. Tp tahun1997 pun rasa juga snow di Sacramento.

Masa cuti summer pun kita org pergi jalan juga. Tu yg Bid sampai sebelah utara seperti Chicago, Detroit, Boston, New York dan Washington DC. Masa kat Washington DC tu terpaksa tidur di asrama singgah pejabat MARA kerana hotel semua penuh dan abg dah tak larat lg nak bawa kereta utk teruskan perjalanan setelah dah lebih 10 jam jalan-jalan. Tp seronok pula kerana boleh masak-masak bersama penuntut Malaysia yg turut tumpang tidur di sana. Bayarannya murah saja Mama kata.

Ok, hg jumpa lg.

Meh la ramai-ramai skit ikut bicara di maya ini dgn Bid .. terima kasih.

Isnin, Ogos 10, 2009

PENGALAMAN BID DI AMERIKA - LOS ANGELES

Slm kembali. Maaf semua ya, kerana ini baru Bid dapat melayari maya lagi.

Dr semalam byk org pulak guna komputer. Jd Bid tunggu saja. Bid ingat Mama pesan - jgn sampai selalu dimarahi org kerana gara-gara komputer.

Terima kasih kpd Mommy 2 Haqq d atas komen. Ya Mommy, mmg best masa d Los Angeles & Amerika. Bid dibawa pergi menjelajahi sampai ke beberapa negeri termasuk California, Arizona, Nevada, Utah, Wyoming, Colorado, Illanois, Michigan, New York dan beberapa negri lain. Bid ingat sebab ada gambar kenangan. Nanti Bid cerite pengalaman Bid di sana. Bid mula cerita di Los Angeles la dulu.

Tp sebenarnya Bid kecil lg masa tu. Bid pergi masa umur baru lima tahun lebih. Abang dgn Mama yg belajar di sana. Abah pergi masa cuti saja.

Di Los Angeles, Bid semua duduk dekat apartment dengan 2 bilik besar. Mama kata sewa mahal sgt, jd kena sesuaikan diri. Lg pula Mama kata kawasan itu lebih selamat kerana kawasan 'mat salleh' bukan kawasan 'black' dan juga apartment ini tidak berapa jauh dr Universiti tempat Mama dan abang belajar.

Yang Bid paling ingat ialah ada supermarket besar di seberang jalan. Bid suka duduk dekat 'balcony' melihat kereta dan orang lalu lewat jalan besar di situ, serta juga melihat orang-orang pergi belanja di supermarket.

Selama hampir setahun pertama tu, Mak Tok, iaitu ibu Mama juga ada bersama. Bid dgn Mak Tok selalu juga pergi sendiri ke supermarket itu. Selalunya untuk beli ice-cream 'Haagen Dazs' yg sedap tu. Dekat sana harganya jauh lebih murah, tp Bid pun tak ingat berapa harganya. Yg Bid ingat Mak Tok selalu kata, "Bawa lima ringgit dah boleh beli macam-macam."

Di hujung minggu, Mama selalu bawa pergi belanja dan jalan-jalan. Mama selalu pergi belanja dekat 'China Town' untuk beli ikan, sotong dan udang dan pergi 'Downtown' untuk beli ayam dan daging halal. Ada masa Mama pergi ke sebelah 'Crenshaw' untuk beli bahan khusus 'Asia' seperti rebung, petai dan sebagainya. Barang dapur lain semua ada kat supermarket.

Kekadang Mama bawa pergi berkelah dekat pantai-pantai 'Venice dan Santa Monica.' Sesekali semua pergi 'shopping' dekat 'malls' atau dekat 'outlets' yang agak jauh seperti Desert Hills, serta Camarillo.

Sesekali pula kami semua pergi berkelah ke Disneyland. 'Best' sangat. Mama kata kita org dapat diskaun istimewa kerana jd penduduk 'Southern California.'

Sampai di sini dulu. Nanti jumpa lagi ...

Ahad, Ogos 09, 2009

RASA TERUJA

Terima kasih byk kpd kawan-kawan kerana membahagiakan hari Bid. Walaupun hanya berapa org shj tp Bid sudah bersyukur. Terima kasih sekali lg.

Bermacam di kepala Bid yg ingin Bid ceritakan. Tak tahu pula apa yg harus Bid mulakan dulu.

Ok, mungkin juga molek Bid bermula dr awal le ye.

Bid lahir pd thn 1990 & anak kelima dr 9 adik beradik. Dr umur 2 thn Bid menjadi anak angkat kpd klrga ibu sdra sepupu arwah bapa.

Katanya ketika itu mak Bid sudah mengandung lg sedangkan ayah & mak hidup dlm keadaan susah. Ibu sdra sepupu Bid org berada tp hanya mempunyai seorg anak lelaki. Tujuan mereka hanya mahu membantu ayah & mak Bid.

Bid panggil klrga angkat sp kebiasaan anak memanggil semua dlm keluarga iaitu: ibu sdra sepupu Bid panggil Mama; suaminya - Abah dan anak lelakinya - abang. Memang mereka amat baik.

Mulanya Bid terpaksa tinggal bersama ibu kpd Mama di kpg kerana Mama & Abah bertugas d Sabah & sentiasa ke sana sini. Katanya ketika itu sukar mendpt pembantu rumah yg boleh dipercayai. Abg pun di sekolah asrama.

Lebih setahun kemudian baru Bid pergi tinggal bersama Mama, Abah & abg. Bid di bawa tinggal bersama mereka di Los Angeles, Amerika kerana semua sambung belajar di sana.

Ok dulu la. Mak Bid sudah suruh Bid bantu bereskan kerja.

Sampai jumpa lg ...

Sabtu, Ogos 08, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN MAMA DAN ABAH

Salam.

Bid masih menunggu dan mengharap ada yang sudi menjadi rakan Bid di maya ini.

Bid nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 30+ untuk Mama dan Abah. Bid doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan di rahmati Allah.

Jangan lupa pada Bid ya.

Walaupun Mama bukan ibu kandung, cuma sekadar ibu saudara, tapi Bid sayangkan Mama kerana Mama telah membantu Bid sekeluarga. Terima kasih.

Selamat Ulang Tahun Sekali lagi.

Salam untuk semua yang lain. Semoga sudi menjadi teman Bid di alam maya ini.

Jumaat, Ogos 07, 2009

SALAM PENGENALAN

Hi, assalamualaikum kakak, abang, adik, ibu dan bapa serta rakan sebaya.

Saya sangat gembira untuk melayari alam maya.

Semoga saya mendapat ramai kenalan dan sahabat dari kalangan semua umur dan semua bangsa.

Jika salah, harap maaf, dan mohon diberi pedoman.

Terima kasih kepada ibu saudara saya yang memberi saya peluang untuk mengisi ruang dan masa.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar.