Isnin, Februari 21, 2011

MULA SIBUK KEMBALI

Minggu ini jadual kerja harian Bid bersama Alang dan kakak akan menjadi sibuk kembali.  Kerja membekal makanan mengikut pesanan baru bermula sejak semalam.

Semalam pengedar sudah mengesahkan pesanan mingguan untuk kontrak baru selama setahun.  Mereka juga ada tempahan khas tambahan untuk Hari Raya.

Kalau dikira-kira, memang lumayan juga pendapatan dari kontrak baru ini.  Harap-harap Mak tak akan buat hal lagi.  Jika Mak macam-macam pun, insya Allah perkara seperti dulu tak akan berulang.  Perjanjian kali ini berbentuk dokumen sah. 

Sewaktu menandatangani kontrak semalam, kita orang sudah pastikan bahawa semua terma adalah sahih dan jelas.  Mengikut perjanjian baru ini segala urusan mesti tertakluk kepada perjanjian hitam putih yang mesti dipersetujui antara kedua belah pihak.  Segala isi perjanjian mesti ditandatangani oleh pihak kami tiga beradik sebagai pembekal serta pihak mereka sebagai pengedar dengan disaksikan oleh Tok Ketua Kampung.

Along juga turut membantu supaya semua perkara akan lebih lancar.  Kalau tidak memang susah nak meyakinkan Mak.  Untung juga Along dapat membuat Mak terpaksa akur dengan semua yang diatur.  Alhamdulillah.

Isnin, Februari 14, 2011

TAK SEMESTINYA KERANA 'VALENTINE'

Kata orang Hari Kekasih adalah hari mengingati kekasih.  Kata ulama Hari Kekasih adalah bercanggah dengan aqidah Islam.  Islam adalah melebihi segalanya.

Sumber Google

Tapi Bid memang suka bunga ros.  Jadi buat hiasan sajalah di blog Bid.  Memang tak ada maksud lain.  :)

Rabu, Februari 02, 2011

CUTI PANJANG

Minggu ini kita akan bercuti panjang sempena Hari Raya Cina.  Seronok juga bila cercuti panjang.  Boleh la jalan-jalan ziarah keluarga ataupun melakukan apa-apa yang lama tertunggak.

Bid semua pun cuti dari membuat kueh juga.  Tempahan baru hanya bermula pada 15 Februari.  Kata kontraktor mereka hanya akan mula mengambil tempahan selepas tarikh itu.

Sempena hari raya Cina, Bid nak ucapkan selamat kepada semua kaum Cina.  Moga-moga tahun arnab ni akan lebih baik.

SELAMAT
TAHUN BARU CINA 2011