Jumaat, Julai 22, 2011

KAMI IKUT TERPALIT

Sepatutnya emak tidak mengambil tindakan sedemikian.  Tapi nasi sudah menjadi bubur.  Memang nak diapakan lagi.

Gara-gara emak menyuruh orang lain membuat separuh dari pesanan kami, bekalan tidak cukup dan juga tidak sama kualitinya.  Mereka yang berkenaan membuat hanya separuh bilangan saja, dan saiznya berbeza-beza.  Kata mereka tak sempat dan sukar untuk membuat dalam saiz yang sama.

Pihak pengedar sudah memutuskan untuk membatalkan saja tambahan kontrak dulu itu.  Kami juga diberi amaran keras.

Sekarang ni terbalik pula jadinya.  Emak yang marah-marah pada semua orang.  Pada hal emak yang membuat onar; kami ikut terpalit!

Kakak mengajak kami bertiga beradik untuk hidup berasingan dengan emak.  Tujuan utamanya supaya kami tidak akan terjebak begini.  Emak pun tak perlu selalu marah-marah lagi.

Khamis, Julai 14, 2011

SEMUA LETIH DENGAN EMAK

Sejak beberapa bulan ini semua amat letih dengan kerenah emak.  Apa saja yang anak-anak buat semuanya tak kena.  Memang tak diajak berunding langsung.  Siapa mencuba juga akan dibelasah pulak!

Ramai juga saudara menasihatkan emak supaya jangan terlalu mengongkong dan kasar dengan anak-anak.  Bila ada sesiapa cuba menasihatkan emak, kami juga yang kena!

Mengikut uztaz di kampung, lebih baik untuk adik-beradik ambil sikap tak berkata apa-apa bila emak mengomel.  Biarkan saja dia begitu.

Memang rasa resah gelisah.  Kami pun insaf bahawa kami perlu bersikap baik kepada ibu-bapa.  Tapi apa juga kami buat tidak kena saja di mata emak.  Jadi macam mana?