Rabu, Mac 31, 2010

AKIBAT TRAUMA

Bid baca berita tentang anggota tentera yang sakit mental setelah didera. Memang ada banyak lagi peristiwa seperti ini. Apapun, Bid petik sebahagian berita berkenaan di bawah:

PEKAN: Seorang bapa mendakwa anaknya yang bekerja sebagai anggota tentera darat di bahagian kejuruteraan di sebuah kem di Kuala Lumpur mengalami masalah mental akibat dipukul pegawainya kerana tidak hadir bertugas selama setahun.

..... kini terpaksa menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Kejadian dera itu dikatakan berlaku tahun ... Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Kuala Kurau ... dipukul di bahagian kepala dengan kuat menyebabkan pendarahan yang banyak ... dipukul sepanjang perjalanan itu oleh seorang pegawai tentera berpangkat Kapten ... menjadi tidak waras dan pada awal tahun ini, dia dihantar ke Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental di Kuala Lumpur yang kemudiannya disahkan mengalami masalah mental.

...Walaupun disahkan ... mengalami masalah mental, dia tetap dibicarakan di Mahkamah Tentera dan telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan pada 5 Mac lalu.

... beberapa hari dijatuhi hukuman ... dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana dipercayai diberi makan ubat terlebih dos.

Banyak lagi kes-kes seperti ini yang Bid pernah dengar. Bid teringat di kampung dulu ada keluarga yang masuk askar. Beliau tidak meneruskan tugas kerana tidak tahan didera, dan lari balik bersembunyi di kampung datuknya pula. Tetapi tetap juga dapat dikesan. Sampai sekarang dia memang ada masaalah mental.

Ternyata sesuatu deraan akan menjadi suatu trauma. Semakin teruk deraan, mungkin semakin teruk trauma itu.

6 ulasan:

  1. Salam BID.
    Saya dulu hampir masuk tentera juga. Tapi dihalang kuat oleh arwah ayah angkat kerana beliau takut saya akan mengalami perkara seperti ini. Alhamdulillah!

    BalasPadam
  2. Salam BID.
    Tentera & pasukan bersenjata mmg ada garis panduan begitu .. saya pun tahu byk org jd trauma. Katanya para komando pun byk yg sewel kerana tekanan mental.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Agaknya bukan perkara baru kerana dari dulu2 dah dengar ceita ni. Ada yg balik sembunyi di perdalaman tp jumpa juga & dikenakan tindakan disiplin .. akhirnya jd bodoh!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Apa2 trauma mmg memberi kesan negatif yg serius. Mereka dlm tentera yg trauma begitulah , lebih2 lg yg pergi perang. Doakan yg terbaik utk mereka.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Trauma mmg memberi kesan yg buruk & mungkin juga teruk.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Benar trauma itu menakut & menyakitkan.

    BalasPadam