Khamis, Mac 24, 2011

GAMBAR TAK BEST!

Sudah beberapa hari Bid cuba nak updatekan dengan N3 baru.  Sejak pergi ke rumah Mama lagi Bid tak buat N3.  Jadi tentulah pelbagai perkara yang dibuat dan berlaku.

Banyak cerita yang ada untuk dikongsikan di sini.  Cuma masaalahnya ialah gambar foto yang Bid ambil jadi entah apa-apa.

Bid salah pusing butang control.  Banyak gambar jadi kelabu dan samar-samar.  Geram dan frust betul dibuatnya.

Tapi memang tak boleh nak buat apa-apa lagi la.  Bid pergi tanya kedai foto pun mereka cakap kalau salah teknik tu, tak boleh nak buat apa.

Sabtu, Mac 12, 2011

ESOK BID AKAN KE RUMAH MAMA

Bid dan kakak akan turut bercuti seperti murid dan cikgu sekolah.  Rancangannya nak ke rumah Mama untuk tiga hari.

Kata Mama dan Abah, mereka tak bercuti ke mana-mana.  Hanya ada jemputan kenduri kahwin saja.

Cuma Abang saja sudah ke luar kawasan hari ini hingga sampai ke hujung minggu depan.  Tak mengapalah.

Mak bising juga kerana tempahan terpaksa dikurangkan jumlahnya.  Semua malas nak lawan bicara dengan Mak.  Sudah diberitahu berkali-kali masih juga tak mahu mengerti.

Sebenarnya kami dan kontraktor sudah pun ada persefahaman.  Kami sama-sama bersetuju dari awal lagi bahawa di musim cuti sekolah, bekalan akan dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Sabtu, Mac 05, 2011

TUKAR GAMBAR BARU

Malam ni habis kerja awal pula.  Tak sampai tiga jam sudah siap.  Dah semakin pakar la katakan.  Hehe.

Jadi sekarang semua duduk lepak saja la.  Program kat TV pun tak best sangat.  Malah ada siaran ulangan.

Oleh kerana tak ada kerja, Bid tukar gambar baru dekat profil.  Boleh tahan la kan?  Angkat bakul sendiri!  Hakahkahkah!

Khamis, Mac 03, 2011

TAMBAHAN TEMPAHAN

Alhamdulillah, dengan berkat kegigihan Bid sekeluarga, pihak pengedar makanan segera ini telah menambah tempahan mulai 1 Mach ini.  Tambahan tempahan hanyalah berjumlah antara RM 1000 - 2000 saja sebulan, bergantung kepada bekalan yang dapat disiapkan.  Jumlah ini amat bererti buat Bid semua.


Tambahan tempahan ini melibatkan tempeyek kacang seperti gambar di atas.  Resipi dan bahan mereka yang beri.  Kira ambil upah saja iaitu dengan harga 5 sen sekeping,

Kontraktor akan mengambil seminggu sekali jumlah yang dapat disediakan.  Bayaran pun tunai.  Jadi kira amat membantu.