Selasa, Oktober 25, 2011

DALAM KASIH DAN HORMAT

Bid masih ingat nasihat Mama.  Kata Mama, 'Kalau marah atau geram sangat kepada seseorang yang berperangai keanakan, cubalah buat mimik muka di belakang orang tu.  Selalunya akan membantu untuk segera hilang perasaan marah atau geram tu!'

Masaalahnya orang yang membuat perangai keanakan itu adalah Mak sendiri.  Memang sukar sekali!

Dalam cuba menjaga perasaan kasih dan hormat kepada ibu pun kami adik beradik memang rasa amat marah dan geram dengan Mak.  Ini adalah kerana Mak masih tak habis-habis mencari kesalahan kami.  Hari minggu semalam Mak datang ke rumah sewa kami dan mengamuk gara anak kecil!

Tapi kami cuba sedaya upaya untuk membendung perasaan marah dan geram tu.  Bid beritahu tentang nasihat Mama.  Walaupun tidak seharusnya begitu, perbuatan tu jauh lebih baik dari bergaduh atau bertekak dengan Mak.

Selasa, Oktober 04, 2011

DAH MULA AMBIL TEMPAHAN

Selepas berehat dari membuat kueh-mueh, kita orang sudah mula mengambil tempahan semula sejak hari minggu semalam.  Kali ni alhamdulillah, ada la bertambah sedikit.

Sekarang Mak sudah tidak masuk campur dalam urusan tempahan yang diterima.  Kami tiga beradik sudah pindah menyewa rumah.  Semua adalah diatas saranan dan dengan pertolongan Along.

Alasan kukuh yang diberikan ialah ini lebih mudah untuk kami ke tempat kerja kerana rumahnya lebih dekat.  Tambahan pula rumah sewa kami tidak jauh dari rumah sewa Along.