Isnin, Disember 27, 2010

MELAYU TAK TENTU ISLAM

Semalam kawan sekolah Bid datang ke rumah.  Secara bersembunyi-sembunyi dia ajak Bid dan Alang pergi bekerja ke Kuala Lumpur bersamanya.  Katanya kita orang semua tidak mempunyai ijazah tinggi.  Jadi sukar untuk maju dan mendapat jawatan tinggi dengan pendapatan yang tinggi.

Kalau melihat ketrampilannya memang nampak dia mendapat kedudukan yang baik.  Di umur sebaya Bid dia sudah mampu membeli kereta sendiri.  Bid belum berangan pun lagi.

Bila dibawa berbincang dengan kakak sebelah malamnya barulah tahu cerita disebalik kisahnya.  Rupanya dia bekerja sebagai GRO di sebuah kelab di Bricksfield, Kuala Lumpur.

Kakak sudah tahu cara hidupnya kerana telah terserempak dia bersama lelaki lain-lain.  Kakak nasihatkan kami supaya lebih berwaspada.

"Ada Melayu yang sanggup buat apa saja kerana wang dan untuk kemewahan ... Sekarang Melayu pun belum tentu mengikut hukum Islam."  Demikian kata kakak.

Rabu, Disember 15, 2010

PENDAPATAN TAMBAHAN

Bid agak sibuk sekarang sebab Bid membantu perniagaan kecilan keluarga secara sambilan.  Sebenarnya, bukan sangat perniagaan, tapi lebih sebagai mengambil upah memenuhi permintaan.

Mak, Alang, kakak dan Bid telah bersetuju untuk membekalkan karipap dan murtabak mini kepada pembekal secara kontrak selama 1 tahun.  Kuantitinya lumayan jugalah iaitu sebanyak 500 biji sehari bagi tiap satu jenis.

Bagi karipap upahnya adalah 15 sen sebiji dan untuk murtabak pula ialah 45 sen sebiji.  Jadi pendapatannya adalah RM 300 sehari.  Walaupun, Mak tidak banyak membantu, kami bersetuju membahagikannya sama rata iaitu RM 75 seorang.  Lumayan juga kan?

Jika semuanya berjalan lancar, sekurang-kurangnya untuk setahun ini adalah pendapatan tambahan.  Biarpun meletihkan, tapi amat berbaloi.

Selasa, Disember 07, 2010

TAHUN BARU HIJRAH

SELAMAT MEYAMBUT
TAHUN BARU 1432H

Salam Maal Hijrah untuk semua. Sama-samalah kita meraikan kedatangan tahun baru Hijrah dengan terbaik mungkin.  Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah SWT.

Selagi usia masih di sisi, peluang terbuka luas untuk kita semua perbaiki diri.  Semoga tahun ini akan memberi rahmat yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Amin.

Sabtu, November 27, 2010

TAK JADI TONTON 2 ALAM

Sebenarnya Bid, kakak dan Alang telah pun berjanji nak pergi menonton wayang bersama dengan dua kawan sekampungpadi hari minggu ini.  Tapi bila tiba harinya hanya Bid saja yang mahu meneruskan rancangan awal itu.  Jadi Bid kena akur dengan suara majoriti la! :(

Namun begitu selepas bercerita sesama sendiri, mungkin ini adalah keputusan yang baik.  Rata-rata mereka yang membuat komen  mengenai filem ini mengatakan ia adalah sebuah filem dengan cerita yang amat mengecewakan.

Mungkin gahnya sebelum ini adalah sekadar mahu propa supaya orang pergi menonton.  Bid rasa tentu komen negatif yang ada akan memberi impak sebaliknya.

Mungkin juga penerbitnya yang popular dengan diet untuk kuruskan badan itu sasarkan pelanggan produknya.  Kalau semua pelanggan pergi menonton filem ini, tentulah pecah panggung.  Rupanya tak menjadi realiti.

Rabu, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

SEKALI  KALI  BERGEMA DI MANA-MANA
UMAT SEMUA BERTAKBIR RAYA
SEMPENA HAJI KITA BERKORBAN PULA
MENYUSUN JARI MAAF JUA DIMINTA

Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati dengan keredhaan dan nikmat Allah SWT.  Amin.

Isnin, November 15, 2010

HARI TEMPENYEK

Semalam kira seperti hari tempenyek.  Seharian Bid, kakak dan Alang membuat tempenyek bagi memenuhi tempahan yang Mak terima.  Letih betul rasanya.  Dari seleapas Subuh membawa sampai ke senja.

Makan pagi dan tengahari pun kira sekadar untuk alas perut saja.  Sepanjang hari kita orang makan nasi goreng saja.  Malah malam pun kita orang sudah terlalu letih untuk memasak.  Jadi kita orang cuma masak nasi, buat sambal ikan bilis dengan kentang dan goreng telur saja.

Malamnya tu selepas makan dan solat Isyak kita orang terus tidur saja.  Memang rasa letih teramat sangat.

Ahad, November 07, 2010

HARI MENGHANTAR PULA

Akhirnya malam tadi barulah selesai segala urusan membuat biskut serta memasukkannya ke dalam bekas.  Sekejap nanti kita orang nak melabelkan nama kueh dan menyemak semula senarai pesanan.

Kiranya hari ini kita orang akan menghantar segala pesanan.  Angah dah berjanji nak tolong menjadi 'drebar' kita orang.  Jadi tak perlukan lagi mambawa sedikit-sedikit dengan motor.  Bagus kan?

Sebenarnya ada pesanan tambahan lagi.  Tetapi kita orang terpaksa menolak dengan sopan.  Soalnya Mak sudah bertegas mengambil tempahan membuat tempenyek pula.  Walaupun hanya sedikit saja, tetapi kita orang takut nanti Mak bersetuju menerima tempahan tambahan untuk tempenyek tu.

Ahad, Oktober 31, 2010

BUAT BISKUT SAMPAI TENGAH MALAM

Hari ini Bid, kakak dan Alang memang bercadang nak mula kerja membuat biskut awal.  Tetapi ada saudara dari Melaka pula datang.  Seawal pukul 9.50 pagi mereka sudah pun sampai.  Yalah mereka bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi.  Bukannya jauh sangat Melaka dengan Negri Sembilan.

Memang sudah lama mereka tak datang.  Sebenarnya mereka nak pergi ke Bangi kerana ada majlis kenduri kahwin di rumah besan mereka pada hari Ahad.  Jadi mereka singgah di rumah dulu.  Selepas Asar baru mereka meneruskan perjalanan untuk bermalam di rumah salah seorang anak saudara dekat Nilai.

Jadi selepas Isyak malam ini barulah kita orang mula buat biskut.  Itu yang sampai ke tengah malam.  Target nak habiskan membuat biskut memang tak kesampaian.

Esok harap-harap tidak ada halangan lagi.  Jika dapat habiskan membuat biskut, minggu depan sudah boleh menghantar semua pesanan.  Cepat sikit dapat duitnya!  Hehe.

Ahad, Oktober 24, 2010

IKUT RENTAK MAK

Setakad sekarang ini Bid, kakak dan Alang baru buat lebih kurang 8,000 biji biskut.  Mula ingat nak buat hingga ke petang nanti.  Tapi Mak dah mula berang mengajak pergi memenuhi jemputan kenduri sambil menziarahi saudara di Seremban.  Jadi terpaksalah ikut rentak Mak saja.  Jika tidak lain pula jadinya nanti.

Sekarang tengah menunggu Angah.  Janjinya 2.30 petang dia akan sampai.  Jadi Bid boleh la masuk laman sekejap.  Hehe.

Sebenarnya ada banyak lagi biskut yang mesti dibuat kerana jumlah semuanya adalah 23,500 keping iaitu 235 tempahan.  Nampaknya pada hari minggu yang akan datang kena bersengkang mata la pulak.

Harap-harap juga Mak akan memegang pada janjinya.  Mak janji bahawa minggu depan kita boleh meneruskan urusan memenuhi tempahan.  Kalau nak keluar pun, Mak janji tak akan ganggu kita.

Sabtu, Oktober 16, 2010

TUTUP TEMPAHAN

Rupanya ramai orang yang nak buat tempahan membeli bikut untuk Hari Raya Haji ini.  Tak sangka pula tempahan melebihi raya puasa tempuhari.

Walaupun mulanya kami hanya mahu menerima tempahan untuk sekitar 10,000 biji = 100 tempahan, kami terpaksa mengalah dengan rayuan ramai lagi yang mahu membeli.  Akhirnya kami terpaksa juga terima tempahan yang dua kali ganda banyaknya.

Hari ini Bid dan Alang akan pergi membeli segala barang keperluan.  Ikut rancangan, besok kami dah nak mula membuat biskut yang ditempah.

Isnin, Oktober 11, 2010

REZEKI DATANG LAGI

Sejak semalam, Bid, kakak dan Alang dah mula menerima tempahan untuk buat biskut Raya Haji.  Kita orang dah bersetuju untuk membuat biskut ini dengan kenaikan harga RM2 bagi setiap jenis biskut.

Nampaknya para pelanggan yang membeli untuk Raya Aidilfirti dulu puas hati.  Walaupun dinaikkan harga, ramai yang telah menempah semula.  Mereka dapat terima alasan bahawa dulu kami salah budget untuk mentega dan bekas pelastik yang telah naik harga.

Lagi pula tawaran harga kami ialah untuk 100 biji setiap satu pesanan.  Kira-kira harga kami jauh lebih murah jika mereka bandingkan dengan jualan di pasaran.

Tempahan baru saja mula diterima semalam.  Setakad sekarang sudah ada tempahan untuk sebanyak 5,800 biji biskut.  Kami bertiga bersetuju menerima tempahan hingga sekitar 10,000 biji.  Jika sampai ke angka ini, alhamdulillah. :)

Selasa, Oktober 05, 2010

RUGI BISING PULA

Sejak dari hari Ahad Mak bising memanjang lagi. Memang semua dah tahu perkara ini akan berlaku. Tetapi nak buat macam mana sebab Mak tak hendak dengar buah fikiran dan pandangan anak-anak langsung.

Ini cerita ekoran dari Mak mengambil tempahan membuat lemang Raya dulu itu la. Benar seperti yang kami adik-beradik cuba membuat Mak faham bahawa kerja itu tidak akan berbaloi.

Sekarang setelah mengalami kerugian, Mak marah habis semua orang termasuk kami adik-beradik. Nak cakap apa pun tak boleh. Kami hanya dapat mencari saluran lain untuk menghilangkan rasa kecewa.

Tak pasal-pasal Mak suruh Bid dengan Alang pula membayar duit harga buluh itu. Aduhhh!

Jumaat, Oktober 01, 2010

KENDURI RAYA

Esok di kampung Bid akan diadakan kenduri Raya. Ini idea ketua kampung untuk memberi peluang kepada semua penduduk beramah-mesra sesama mereka.

Bagus juga kali ini tiada kutipan wang dibuat. Sebaliknya ketua kampung menggunakan wang keraian dari wakil rakyat yang memang khusus untuk tujuan seperti ini.

Walaupun begitu, penduduk di minta bergotong royong menyediakan makanan. Jadi malam ini nanti ada acara membakar lemang dan membuat rendang. Mak dah pesan supaya kami adik beradik balik kerja awal supaya dapat membantu.

Pagi hari ini Bid bertolak datang kerja awal supaya Bos tak bising bila balik awal sedikit nanti. Dah sampai awal, Bid menghadap komputer la dulu. Hehe.

Rabu, September 29, 2010

BANYAKNYA KERJA

Suasana di ofis sudah balik seperti sedia kala. Semua kakitangan sudah balik bekerja. Bos pula sudah asyik ronda saja.

Sekarang ni kerja semakin banyak pula rasanya. Mungkin juga perjalanan kerja sebelum ini tersangkut di beberapa bahagian. Jadi bila semua berjalan seperti biasa, ada kerja menjadi lebih banyak.

Dari hari Isnin, masih lagi ada kerja yang lambat bergerak. Banyak betul rasanya. Sudah dah buat berhari-hari, masih tak habis-habis kerja ni.

Khamis, September 23, 2010

JAMUAN RAYA

Hari ini pejabat Bid akan mengadakan majlis jamuan raya. Mulanya nak diadakan esok. Tapi memandangkan esok hari Jumaat, takut pulak jadi kelam kabut dan ramai tidak dapat menikmati suasana raya santai sepenuhnya.

Bos telah berbaik hati untuk membuatnya pada hari ini. Majlis pun akan dimulakan lebih awal iaitu pada pukul 10.30 pagi nanti. Majlis akan berlanjutan hingga ke pukul 1 tengah hari.

Tapi dari pagi ni nampaknya hampir semua staf sedang membantu untuk menjayakan majlis ini. Kata Bos jangan ada cacat cela dan cuba pastikan semuanya berjalan lancar.

Katerer dah pun sampai. Bid nak pergi tolong bantu apa-apa yang patut. Kalau tak menyibuk saja la. :)

Isnin, September 20, 2010

BALIK KERJA

Hari ini Bid sudah mula kerja semula. Bid sampai ofis terlebih awal sikit pula sebab tadi Bid dapat tumpang Along yang balik bermalam di rumah.

Aduh rasa malas betul. Maklum sajalah dah cuti Raya lama sangat.

Kerja berlambak-lambak menunggu. Tak tahu nak mula buat apa dulu. Kalau ikutkan kategori penting, semuanya penting.

Tengok karang apa yang bos jerit mahukan dulu. Satu petunjuk yang baik kan? Hehe.

Khamis, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

Sebenarnya kalau ikutkan, perasaan bercampur-baur mengenai hari Malaysia ni. Kalau ikutkan sejarah, bermacam-macam yang berlaku sebelum dan selepas pembentukan Malaysia.

Kalau pun kita tak mahu ingatkan sejarah-sejarah pahit, hati ni masih tetap tertanya bagaimana boleh ada semangat satu Malaysia. Warga Semenanjung tidak mempunyai hak yang sama di Sabah dan Sarawak.

Umpamanya nak pergi ke sana saja kita mesti dicatit kemasukkan dengan butir-butir kad pengenalan diri atau pun paspot. Kemudian kita tidak boleh duduk di sana melebihi tempuh waktu yang dibenarkan.

Jumaat, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

BILA BERGEMA TAKBIR RAYA
TANDA KEMENANGAN UMMAH BERPUASA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MENYUSUN JARI MAAF DIMINTA


SERONOK GEMBIRA BERSAMA KELUARGA
MAKAN JUADAH LEMANG RENDANG
DALAM RAYA HARUS INGAT JUGA
BERHATI-HATI DI JALANRAYA

Sabtu, September 04, 2010

MASAALAH LEMANG

Pagi ni Bid tengok dah ramai jiran-jiran sudah dikunjungi keluarga anak-anak mereka yang bekerja di ibu kota. Sebelah-sebelah rumah sudah riuh dengan suara cucu mereka. Nampaknya tahun ini mesti lebih bingit dengan suara anak cucu menantu di malam Raya nanti.

Sementara tu semalam Mak menerima tempahan membakar lemang lagi. Semakin banyak tempahan lemang yang Mak terima, semakin besar kemungkinan ia akan menjadi masaalah. Jika jadi kita orang akan teruk dikerah membakar lemang-lemang tu nanti.

Sebenarnya Along sudah berpesan melarang Mak mengambil tempahan membuat lemang tahun ini. Tapi nak kata apa. Siapa berani melawan kemahuan Mak. Semua anak-anak mengurut dada menahan sabar.

Sekarang pesanan yang diterima sudah mencecah 68 batang. Mungkin kerana Mak mengenakan bayaran yang jauh lebih murah. Mak menjual antara RM 8 - 10 sebatang.

Masaalahnya ialah buluh susah nak dapat. Biasanya Angah pergi membelinya di kampung. Tapi tahun ni, Angah memang nampak uzur sangat. Along dah cakap hal ini dengan Mak. Mak buat tak endah saja.

Kita orang dengar Mak pesan dengan seseorang. Tapi sampai harini, orang yang dipesan tu belum menghantar lagi. Malah dia ada beritahu kemungkinan sukar nak dapat dalam jumlah yang banyak.

Aduh! Takut la nanti Mak bergaduh dengan orang pula! :((

Selasa, Ogos 31, 2010

SIBUK MENYIBUK

Hari ini Bid, kakak dan Alang ikut Mak pergi membeli barang keperluan citarasa Mak. Adik-adik pun ikut juga kerana mereka mahu beli kasut raya.

Kalau ikutkan hati memang malas sebab terpaksa berasak-asak dengan orang di sana-sini. Tapi kerana kehendak Mak kita orang terpaksa ikut sajalah. Alang merungut-rungut sepanjangan saja kerana dia yang terakhir baik demam. Jadi dia yang terlebih letih.

Itulah yang sebenarnya berlaku. Tempuhari selepas selesai saja menghantar semua tempahan, hampir semua ahli keluarga demam.

Mulanya Along yang demam dan batuk. Mungkin Along yang membawa virus balik dari rumah sewanya. Lepas tu Bid dengan Mak pula mula batuk-batuk. Kemudian kita dah demam pula. Setelah itu seorang demi seorang ikut demam dan batuk-batuk.

Habis terganggu jadual asal untuk cuci-cuci rumah dan mengemas awal. Memang sudah begitu jadinya. Nampaknya cuti hari minggu yang akan datang ni terpaksalah ramai-ramai bergotong-royong bergegas menyelesaikan urusan mengemas dan membereskan hal-hal rumah.

Sabtu, Ogos 21, 2010

SELESAI BUAT BISKUT

Sekarang Bid, kakak dan Alang sudah boleh menarik nafas lega. Semua tempahan sudah dapat dipenuhi. Kita orang baru saja selesai membuat biskut-biskut yang ditempah itu.

Malam ini dan besok cuma nak labelkan saja dan menandakan mengikut tempahan. Minggu depan kita sudah boleh bekalkan kepada pembelinya.

Selepas ini kita orang tak perlu buat biskut raya lagi. Semua keperluan sendiri pun sudah disiapkan. Nanti cuma tinggal buat kek saja. Jadi tak adalah sibuk sangat nanti. Tinggal nak siap lemang dan rendang saja. Bestnyer! Hik3.

Rabu, Ogos 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Mulai hari ini kita sedang berada di bulan Ramadhan tyang mulia. Ini bulan untuk melakukan amal ibadah semaksima mungkin kerana ganjarannya amat baik. Marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan sesuai dengan suruhan Allah SWT seperti ayat berikut:



Puasa memang diwajipkan kepada kita sepertimana diwajipkan kepada semua orang-orang terdahulu. Jangan mudah mengalah kepada nafsu. Imarahkan supaya kita diberkati.

Sabtu, Ogos 07, 2010

DUDUK MENGADAP DAPUR

Sudah beberapa hari kami adik beradik memasak biskut raya. Setakad hari ini baru 3,600 biskut telur rebus telah dibuat. Lambat juga sebab oven di rumah tak berapa besar. Itu pun ada dua oven sebenarnya.

Nampaknya lama juga la nak kena mengadap dapur untuk memenuhi tempahan yang diterima. Tambahan pulak Bid dan kakak terpaksa menerima tambahan 1000 biskut lagi seorang. Nak buat macam mana sebab yang membuat tempahan itu ialah bos sendiri.

Hari ini dan besok kita orang nak cuba buat biskut tart nenas sebanyak yang boleh. Kalau malam hari kerja tu tak boleh nak buat banyak biskut tart kerana kerjanya lece sikit.

Isnin, Ogos 02, 2010

LETIH JUGA NAK BUAT KUEH

Pada hari Sabtu semalam Bid, Alang dan kakak telah pergi ke Seremban untuk membeli semua barang-barang kelengkapan yang perlu bagi membuat biskut raya yang sudah ditempah orang tu. Letih juga pusing-pusing mencari bahan di kedai bahan-bahan kek serta juga membeli bekas untuk mengisi biskut tu.

Pada hari Ahad pula kami pergi ke pasar besar untuk membeli nenas untuk di buat jem. Ingat nak terus buat jem, tapi Mak kata gas cuma tinggal sedikit dan kami belum membeli gas baru bagi tong yang sudah kosong. Mak takut nanti kehabisan gas dan kami belum ada bekalan baru.

Tadi sewaktu nak turun kerja, kakak sudah pesan pada kedai pembekal gas. Harap-harap dia hantar bekalan tu ke rumah hari ini juga.

Jika semuanya berjalan dengan baik, malam ini kami bercadang nak buat jem tu. Kenalah mula awal sebab nanti lama juga nak buat jem sampai betul-betul masak dengan baik dan sesuai.

Jumaat, Julai 30, 2010

DAPAT TEMPAHAN KUEH RAYA

Sejak beberapa hari lepas, Bid, kakak dan Alang mendapat tempahan membuat biskut tart nenas dan biskut telur rebus. Kira-kira lumayan jugalah tempahannya. Mungkin kerana kami jual dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk biskut tart, kami jual dengan harga RM 30. Sementara untuk biskut telur rebus, harganya ialah RM 22. Harga ini adalah bagi setiap 100 keping. Kami minta wang deposit sebanyak RM 5 bagi setiap tempahan.

Pada pukul 12 tengahari hari ini kami telah berhenti menerima tempahan. Bukan apa, takut pula tak terbuat nanti.

Kalau dikirakan, mungkin kita orang terpaksa kerja lebih jugalah. Jumlah tempahan semuanya sudah mencecah 15,200 keping.

Kami adik beradik sudah bersetuju untuk menerima habuan mengikut jumlah tempahan yang setiap seorang terima. Semuanya juga bersetuju bahawa yang mendapat tempahan paling kurang akan membantu memenuhi tempahan yang lebih dengan mendapat 25% bahagian keuntungan. OK la tu!

Belum buat lagi, sudah terbayang duit raya yang bakal diterima nanti. Insya Allah, semuanya akan menjadi kenyataan. :)

Isnin, Julai 26, 2010

ADA MEREKA KISAH!

Semalam Bid dan kakak serta Alang pergi ke Seremban untuk membeli kasut dan beberapa kelengkapan Hari Raya yang Mak pesan. Merata juga kita orang merayap dari selepas Zohor sampai selepas waktu Maghrib. Solat Asar dan Maghrib pun di kompleks membeli-belah saja.

Semasa nak balik terserempak dengan kawan lama kakak bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Mereka berpakaian seksi dan kelihatannya mahu pergi menghadiri pesta.

Kakak pun bertanya kawannya nak ke mana? Selamba saja dia jawap nak ke disko lepak-lepak bersama ramai lagi geng mereka. Dia mengajak kita ikut sama.

Alang pula mencelah bertanya, "Bukan ke di tempat tu orang minum dan mabuk-mabuk?"

Jawapnya dengan sinis dan bangga, "Ada aku kisah! Hidup dan muda sekali, enjoy la. Di sana orang high-class belaka!"

Jumaat, Julai 23, 2010

BENCI TAPI RINDU

Sekarang setiap minggu Astro Ria menyiarkan cerita Indonesia 'Benci Bilang Cinta' sebanyak empat episod, satu setiap hari. Cerita ini juga diulang tayang pada sebelah malamnya dan pada keesokan harinya serta juga pada hari Sabtu.

Seronok cerita ini. Apa yang jelas, orang yang saling menyayangi juga sering saling menyakiti antara satu sama lain. Derita perit bertambah gara-gara kesombongan diri, serta juga kerana antara yang sangat mencintai itu takut akan melukai hati orang yang dicintai.

Berbelit-belit juga cerita ini. Tapi Bid yakin ramai ikut terbuai bersama suasana yang dipaparkan. Hakikatnya ramai orang dapat merasa ada kebenaran cerita ini.

Dulu pun orang terikut dengan suasana irama 'Benci Tapi Rindu' yang berkumandang sana sini. Aneh juga perasaan manusia kan?

Ahad, Julai 18, 2010

SAYANG QUE

Bid memang suka Que Haidar. Bukanlah kerana Que hansome sangat. Tetapi Bid memang suka lakonannya yang berkesan di hati. Isterinya Linda Jasmine tentu tak marah. :)

Gambar Que & Keluarga Bahagia

Dengar berita Que Haidar berhasrat untuk berhenti berlakon. Mengikut katanya beliau amat mementingkan keluarga dan ingin menumpukan perhatian kepada lapangan perniagaan. Beliau menafikan keputusan ini adalah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang heboh diperkatakan.

Sayang Que Haidar. Tetapi harap-harap beliau akan sesekali kembali berlakon kerana seperti pengakuannya sendiri, lakonan itu adalah minatnya, dan beliau mungkin akan menerima tawaran berlakon watak tertentu.

Selasa, Julai 13, 2010

SERAM BACA BERITA

Akhir-akhir ini semakin kerap cerita tentang mangsa rogol dan juga cerita pembuangan bayi. Bila membaca cerita yang menunjukkan kekejaman yang melampau, seram rasanya.

Seminggu ini Bid dah rasa macam fobia pula. Ini adalah ikutan cerita yang Bid dengar tentang adanya budak-budak lelaki yang sentiasa mencari mangsa di sekitar bandar dan kampung Bid.

Kekadang Bid pulang lewat sedikit dan sampai di simpang masuk ke rumah tu waktu sudah senja. Memang selalu selalu ada budak-budak lelaki yang suka mengusik. Tetapi Bid tak tahu samaada mereka adalah terdiri dari golongan yang dimaksudkan.

Apa yang jelas, semalam Bid benar-benar rasa takut. Tambahan masa tu hujan pula. Selain tiga orang pemuda yang duduk di tempat menunggu bas, tak ada sesiapa lagi. Seram betul!

Alhamdulillah mereka tidak mendekati Bid. Hanya sekadar mengusik-usik seperti biasa. Bid berlari pulang ke rumah. Jauh juga rumah Bid dari simpang jalan.

Hari ini Bid sudah minta Mak atau adik datang tunggu Bid di simpang sekiranya Bid tak sampai rumah selepas pukul 6.30 petang. Harap-harap Bid akan dijauhkan segala musibah bersabit dengan gejala sosial yang amat menyeramkan.

Ahad, Julai 11, 2010

SAKIT SEMINGGU

Akibat dari jatuh kemalangan tempuhari, badan habis rasa sakit-sakit sampai seminggu juga. Ini pun Bid masih rasa sakit dekat bahu. Mungkin kerana haritu badan Bid terhempas di tepi jalan bertar tu.

Aduh! Apa nak buat nasib badanlah kiranya. Oleh kerana sakit-sakit Bid ambil cuti tambahan selama dua hari. Bid pergi berurut dengan seorang tukang urut di kampung ini.

Pagi ini Bid dan kakak akan pergi berurut sekali lagi. Kata tukang urut kena selesaikan sekurangnya tiga kali dan putus ubat.

Ubat cara tradisi, memang macam tulah agaknya. Sekali urut bayar RM 4.25 dan putus ubat pula RM 12.25 berserta sehelai kain.

Ahad, Julai 04, 2010

CERITA SERAM

Petang tadi Bid dan kakak menaiki motorsikal nak pergi ke Jelebu. Mak suruh pergi cari dan beli beberapa barang dapur. Kata Mak kedai dekat sudah kehabisan stok.

Selepas keluar dari simpang masuk ke jalan besar kelihatan sebuah kereta yang jalan ke tepi dan ketengah. Kakak tak berani nak potong.

Mungkin pasangan suami isteri atau sepasang kekasih yang menaiki kereta itu. Apa yang jelas mereka sedang bergaduh. Pemandunya, iaitu yang lelakinya, asyik menepis tangan dan serangan si perempuan.

Entah macam mana kereta berpusing dan terus menghadang perjalanan kami. Kakak tak dapat mengawal, dan kami pun terus tercampak jatuh dengan agak kuat juga. Kereta itu pun melanggar pokok di tepi jalan dan terbalik juga.

Masa itu Bid fikir mati saja sebab tiba-tiba saja kereta tu menghadang jalan kami. Kakak pengsan sekejap. Kami luka ditangan dan kaki. Kakak turut luka berdarah di dahi kerana terhentak di permukaan jalan.

Ini adalah pengalaman yang seram. Pemandu kereta berkenaan memberi kami sejumlah wang pampasan dan minta supaya melapurkan kemalangan ini. Yang perempuan nampak mengalami kecedraan juga. Tetapi Bid tak pergi dekat dia pun.

Bid dan kakak akur dengan permintaan pemandu berkenaan. Kakak kata tak payah kecuh-kecuh sebab semuanya itu nanti akan menyusahkan saja. Kata kakak wang pampasan yang diberikan itu agak lumayan, kerana motor pun tidak mengalami kerosakan selain dari lampu saja yang pecah.

Esok Bid cuti sakit. OK jugalah, boleh rehat-rehat di rumah untuk hilangkan rasa sakit dan sengal akibat terjatuh tu.

Ahad, Jun 27, 2010

'KURSUS' MASAK

Semalam dan hari ini Bid dan kakak ikut seorang kawan pergi melihat demonstarasi masakan di dewan orang ramai. Kata penganjurnya ini adalah aktiviti kemasyarakatan bagi memupuk semangat kejiranan.

Masa sessi semalam mereka menunjukkan cara-cara untuk memastikan masakan kita mempunyai zat makanan di tahap maksima. Rupanya lebih baik untuk kita membasuh bersih-bersih dahulu segala sayuran sebelum dipotong dan dimasak. Selama yang tahu semua orang dah potong semua dulu barulah dibasuh.

Hari ini mereka menunjukkan cara-cara memasak daging masak merah pulak. Kata mereka, kalau anak Negri Sembilan pun tak semestinya hari-hari makan masak lemak. Semua orang menyambut dengan hilai ketawa.

Sedap juga daging masak merah ni. Sayangnya Bid dan kakak tidak pula membawa kamera.

Semua orang dapat merasainya, tetapi tak ada pula untuk dijual. Siapa nak makan lebih kenalah masak sendiri.

Khamis, Jun 24, 2010

HOBI MENGINTAI

Bid rasa geli hati pun ada juga membaca berita di muka depan Harian Metro hari ini. Padahal cerita yang dipaparkan adalah berita serius mengenai seorang bapa beranak lima yang sudah berumur lebih 4oan tahun yang suka mengintai anak dara. Beliau telah tertangkap basah dan dihadapkan ke mahkamah.

Di kampung Bid ada juga lelaki jenis ini. Mereka suka mengintai orang mandi pada waktu sekitar Maghrib dan Subuh. Maklum saja rumah-rumah di Rancangan Felda bilik airnya kebanyakannya adalah ruang asing di hujung dapur. Kebanyakan bilik air dikepungi oleh zink serta tidak berbumbung. Kalau dibina konkrete pun separa pinggang saja.

Keadaan demikian seperti memudahkan pengintip melaksanakan hobi mereka. Oleh sebab itu ada juga keluarga yang memastikan ada seorang ahli keluarga lain yang duduk berdekatan dengan bilik air semasa salah seorang anak perempuan sedang mandi.

Ramai orang juga tahu siapa mereka yang suka mengintip. Tetapi kebanyakan penduduk tidak suka mencari pasal. Ramai yakin jika masing-masing pandai menjaga diri dan mengambil langkah-langkah yang perlu, pengintai itu tidak akan memudaratkan sesiapa, dan lama-lama mereka akan jemu sendiri.

Ahad, Jun 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA

Bid nak ucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada semua bapa seluruh Malaysia. Semoga dicucuri rahmat dan keberkatan, semoga anak-anak membuat bapa-bapa semua bahagia.

Diwaktu yang sama Bid juga berdoa semoga anak-anak semua insaf dan menunjukkan kasih sayang dan ambil peduli tentang kesihatan dan perasaan ibu bapa masing-masing. Apabila mereka sudah tiada kita akan terasa betapa kita selalu mengabaikan mereka.

Ayah Bid sudah lama meninggal. Bid sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sabtu, Jun 19, 2010

TUKAR GAMBAR PULAK

Sebenarnya dah banyak hari juga Bid duduk fikir nak tukar gambar dalam profil. Cari-cari gambar yang besar yang cantik sikit tak ada pulak. Dah letih, Bid pilih gambar ini dan potonglah. Hehe.

Nanti jika Bid jumpa gambar Bid yang lebih baik, mungkin Bid ganti lagi. Ataupun bila-bila Bid ambil gambar baru yang lebih elok, boleh jugak guna gambar tu nanti.

Hari ini Bid sekeluarga nak turun Seremban untuk pergi rumah Mak Ngah. Mak Ngah jemput datang untuk majlis doa selamat sempena anak bongsunya sudah dapat kerja. Tapi Mak Ngah juga minta datang awal untuk bantu buat rendang.

Isnin, Jun 14, 2010

BID TUKAR TEMPLATE

Sebenarnya masa di ofis tadi Bid dah masuk untuk tukar 'template' baru. Tapi tak dapat pula lama sebab banyak kerja. Tambahan pula Bid dah cuti tiga hari di akhir hujung minggu lepas.

Bila malam ni dapat guna laptop di rumah, Bid pun layanlah untuk tukar rupa wajah blog ni. Mulanya Bid nak kekalkan kombinasi warna lama, tapi tak ada yang betul menepati. Tetapi memang banyak pula pilihan lain. Jadi dah la pulak rambang mata! Hehe.

Akhirnya inilah hasilnya selepas membuatnya hampir dua jam. Nanti, kalau rasa tak berapa berkenan pula, Bid akan cuba ubahlah di mana yang patut.

MACAM-MACAM HAL

Sejak hari Jumaat Mak dah mengamuk lagi. Semua kita orang ada saja salahnya. Kemudian semua disuruh buat apa-apalah mengikut mahunya saja.

Komputer pun Mak tak bagi guna di rumah. Siapa pun tak boleh pergi mana-mana selain dari pergi kerja.

Sebagai anak-anak kita orang kena ikut sajalah. Kalau tidak Mak naik hantu, lagilah kena belasah tak pasal-pasal.

Hari ni barulah tahu puncanya. Rupa-rupanya Mak geram dengan beberapa jiran yang asyik mengherdiknya kerana Mak seorang balu, sedang anak-anak pula tiada siapa lagi pun kahwin.

Teruk betul sesetengah orang ini. Macam-macam hal pasal orang lain pun dia orang ambil pusing juga. Mak pula nipis telinga, tetapi tak berani pula bertindak terhadap mereka. Kita oranglah jadi mangsa.

Malam ni Mak dah sejuk balik, dah tak marah-marah dan membentak lagi. Jadi malam ni barulah Bid dapat guna laptop Bid.

Khamis, Jun 10, 2010

BILA IKUT HATI

Macam-macam boleh berlaku bila kita hati. Rasa nak ketawa pun ada, rasa kecewa pun ada juga. Gara-gara mengikut hati kerana jandanya kahwin lagi, seorang lelaki telah membakar masjid dekat Sepang.

Seorang lelaki dipercayai mabuk telah bertindak berbuat demikian kerana jandanya telah berkahwin baru. Dia dipercayai telah menggunakan petrol untuk membakar ruang utama sembahyang. Kemudian dia malah tidur di sana pula. Lelaki itu melarikan diri sebaik saja dia menyedari kehadiran penduduk kampung.

Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM300,000. Mengikut kenyataan, polis sudah mengenal pasti suspek berkenaan tetapi tangkapan belum lagi dibuat. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaaan.

Benar sebagaimana kata pepatah: Jika seseorang mengikut hati, nanti boleh mati!

Selasa, Jun 08, 2010

BAHANA GULA PULAK!

Dengar cerita sekitar 20,000 peruncit seluruh negara akan berhenti menjual gula minyak masak dan tepung mulai 15 Jun nanti. Katanya mereka tak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memerlukan mempunyai lesen untuk menjual barang-barang ini.

Sementara itu Menteri berkenaan hal ini, Dato Seri Ismail Sabri masih berkeras mahu meneruskan langkah mengenakan peraturan baru ini kepada penjual. Katanya ini adalah untuk membenteras kegiatan menyorok gula.

Apa akan jadi?

Isnin, Jun 07, 2010

MACAM-MACAM HAL

Kata orang bila semakin berumur seseorang itu akan bertambah baik hingga umurnya menjangkau umur 40 tahun. Jika umurnya sudah melintasi 40 tahun orang tak akan berubah lagi. Benarkah begitu?

Kalau begitu sepasang kekasih veteran yang berusia 41 dan 54 tahun ini tidak berubah menjadi baik. Mengikut berita mereka ditahan kerana disyaki terbabit secara aktif sebagai dalang pertaruhan judi lumba kuda dan nombor ekor tidak berlesen.

Mengikut sumber berita polis, pasangan kekasih itu menjalankan kegiatan mereka dengan duduk melepak di tembok batu berhampiran sebuah rumah flat. Ini adalah bagi memudahkan mereka mengambil wang pertaruhan daripada pelanggan.

Pasangan berusia terbabit dikatakan hidup dengan agak mewah. Mereka mampu memperoleh keuntungan lebih RM3,000 sebulan hasil kegiatan menjual nombor ekor haram di kawasan perumahan mereka.

Sewaktu ditahan, diberitakan polis telah merampas satu alat kelui yang disembunyikan di celah tembok. Turut dirampas ialah telefon bimbit, wang tunai dan kertas pertaruhan, selain nombor dipilih pelanggan yang hanya dicatatkan di atas kertas akhbar untuk dijadikan bahan bukti.

Sabtu, Jun 05, 2010

SELAMAT BERCUTI

Banyak orang mengambil cuti panjang sempena cuti sekolah ini. Tetapi bos Bid tak benarkan orang ambil cuti ramai-ramai.

Kakitangan yang berkeluarga dibenarkan bergilir-gilir mengambil cuti. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan setiap kumpulan tidak boleh mengambil lebih dari tiga hari kerja untuk jadula cuti mereka.

Bagus juga begitu. Tak adalah ofis jadi kosong dan kerja masih masih dapat dijalankan dengan baik.

Selamat bercuti kepada sekelian yang mengambil cuti. Tak kiralah dimana bercuti, asalkan semua bahagia bersama-sama orang yang tersayang.

Rabu, Jun 02, 2010

ALLAH SENTIASA BERSAMA

Kejam, kejam, kejam!!! Sungguh kejam pihak zionis Israel ni! Mereka tidak peduli apa orang kata dan tidak sensitif dengan reaksi sedunia. Zionis terus mengganas!

Tapi Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang beriman dann benar. Apa pun yang berlaku kepada orang-orang yang beriman, janji Allah kukuh bahawa mereka akan mendapat ganjaran dan pertolongan dariNya.

Alhamdulillah rakyat Malaysia diberitakan semuanya terselamat. Kita doakan semoda mereka segera selamat pulang.

Jumaat, Mei 28, 2010

BORING PULAK!

Hari ini rasa boring pulak. Hari mendung tapi badan masih terasa bahang panas. Tambahan Mak pulak mula membebel sejak malam tadi lagi.

Nak pergi mana pun tak boleh. Mak dah cakap dari malam tadi lagi tak bagi sesiapa pun keluar hari ini. Mak suruh semua bantu buat kerja-kerja rumah.

Kejap tadi Along dan Angah nak pergi sembahyang Jumaat pun kena marah juga dulu. Mak siap bagi amaran lagi supaya segera pulang selepas habis sembahyang tu.

Susah betul melayan angin Mak sekarang ni. Tak tahulah apa sebabnya. Nak kata tak ada duit semua anak-anak yang sudah bekerja menghulur juga. Duit simpanan dari bahagian pusaka arwah Ayah pun masih ada lagi. Pening betul!

Ahad, Mei 23, 2010

TAHNIAH SHAHIR!

Saja je Bid nak turut ucap tahniah kepada juara AF8 iaitu Shahir yang baru dinobatkan malam ini. Bid suka juga dia sebab suaranya sedap dan rupa pun hensem. Hehe.

Apapun memang sudah rezekinya. Dia pun seorang yang berpelajaran tinggi, kira kelulusan akademiknya lebih tinggi dari juara-juara sebelum ini. Kata orang ada kelas la sikit.

Shahir Di Pentas AF8

Memang ramai sudah menjangka Shahir akan menang. Walaupun tersingkir, Fan Clubnya bergiat aktif dan berjaya membantunya diserap semula. Mereka siap kempen sampai ke dalam Facebook lagi.

Sabtu, Mei 22, 2010

SARAPAN 'MEMBEBEL'

Hari ini awal-awal pagi lagi kita orang dah rasa tak best. Apa tidaknya, selepas Subuh saja Mak dah mula membebel.

Semua sekali kena. Walhal yang membuat salah tu Angah seorang saja. Tetapi habis salah lama-lama semua orang Mak ungkit balik. Sampai sekarang pun Mak belum habis lagi dengan sessi membebel ini. Letih betul!

Bid telah lama menanam azam bahawa Bid akan cuba contohi Mama. Mama memang orang berpelajaran. Jadi cara Mama amat jauh berbeza. Kalau marah, Mama sentuh pasal satu isu semasa itu saja. Dalam satu atau dua ayat dah habis.

Kalau Mak tu, satu hari ni pun belum tentu habis lagi! :( Geramnya dalam hati!

Khamis, Mei 20, 2010

DAH POKAI

Tak tahu nak buat apa ni. Gaji lambat lagi. Sekurang-kurangnya pun seminggu lagi la baru dapat gaji.

Rasa menyesal pula ikut pergi membeli baju tempuhari. Sepatutnya Bid tunggu sehingga hujung bulan dan dapat gaji dulu. Tetapi dah tersilap langkah, tak boleh nak buat apa lagi.

Bid dah pokai ni. Apa yang boleh Bid buat hanyalah kena berjimat makan. Huk huhu!

Rabu, Mei 19, 2010

PELAKON DAN SUAMI DIHUKUM

Bid baru baca berita on-line tentang pelakon Zizie Izette dan suaminya Datuk Bung Moktar yang telah dijatuhkan hukuman kerana berpoligami tanpa izin. Akhirnya rasa juga Mahkamah Syariah ini menjalankan tugas mengikut kuasa yang dimandatkan.

Zizie Izette dan Bung Moktar

Mereka suami isteri telah dihukum kerana tidak mendapat izin Mahkamah untuk berpoligami. Sementara semua saksi juga dihukum kerana mereka dituduh bersubahat, dan didapati bersalah.

Semoga ini menjadi pengajaran bahawa segala kesalahan akan dihukum. Memang undang-undang tidak mengenal bulu.

Sabtu, Mei 15, 2010

PERGI UPAH BAJU

Oleh kerana sudah lama tak buat baju, Bid, kakak dan Alang pergi ke Seremban tadi untuk mencari kain. Nasib baik juga hari ini orang tak ramai sangat. Tapi cuaca agak panas. Jadi letih juga dibuatnya.

Selepas selesai membeli kain, kami terus pergi untuk menempah baju di kedai tukang jahit kesukaan kakak. Rupanya upah buat baju pun dah naik lagi. Tetapi, terpaksa jugalah upah sebab dah tak tahu nak buat sendiri.

Kata Mak Cik tu boleh siap dalam masa seminggu. Tetapi, nampaknya kena tunggu dapat gaji hujung bulan jugalah baru boleh di ambil.

Khamis, Mei 13, 2010

NAK PERGI MAKAN

Ingat nak buat N3 ni, tapi kawan pula ajak pergi makan kat hujung pekan sanun. Jadi tak boleh nak bercerita panjang.

Bid buat N3 ni je le. Cerita yang Bid sekarang nak pergi makan tengahari. Hehe.

Ahad, Mei 09, 2010

LETIH MAKAN KENDURI

Hari ini Bid pergi menghadiri dua kenduri. Pagi tadi kenduri jiran sebelah rumah yang menyambut cucu baru dan melakukan adat cukur jambul.

Selepas tu, dekat tengahari pula pergi kenduri kahwin kawan sekampung. Walaupun sekampung, tapi rumahnya agak jauh juga dari rumah Bid.

Dia memang sebaya kakak Bid saja, iaitu 22 tahun. Tapi jodohnya cepat. Sebaik selepas dia bekerja, kedua ibu bapanya bertegas supaya dia kahwin saja kerana takut dia dan teman lelakinya itu hanyut dengan nafsu muda.

Bid letih pula makan kenduri ni. Yalah, kedua-duanya tu Bid dan kakak serta kawan-kawan pergi berjalan kaki saja. Walaupun tak jauh sangat, tapi cuaca hari ini amat panas.

Jumaat, Mei 07, 2010

PENGIKUT RAMAI

Kata kawan Bid, kalau nak ramai pengikut, ikut saja semua orang. Lepas mesti ada yang sudi ikut balik.

Tetapi Bid ingat hari itu rakan blogger yang Bid amat minati kata, kita ikutlah blog yang suka atau rasa suka. Insya Allah pun akan balik, jika mereka suka. Sebaliknya, jika mereka tak suka, tak mengapa, biarkan saja kerana tak semestinya meletak syarat supaya ikut suka juga.

Rasanya pandangan rakan blogger lebih jujur. Tetapi Bid pun tak rajin sangat 'blogwalking' untuk mencari blog yang disukai.

Mungkin elok juga dibiar saja begini. Asal ada beberapa orang yang sudi menjadi kawan dan sering kunjung-mengunjung pun kira OK.

Selasa, Mei 04, 2010

BERGANTUNG DIALYSIS

Semalam Angah disahkan mengalami masaalah buah pinggang yang serius. Doktor sudah memberi pengesahan ini selepas beberapa kali pemeriksaan.

Nasib Angah sudah ditentukan begitu. Semua orang tak sangka. Angah yang selalunya riang dan aktif menjadi lemah dengan agak drastik pada dua bulan lepas. Rupanya salah satu buah pinggangnya sudah rosak teruk sementara yang sebelah lagi juga sudah kurang upaya.

Sebenarnya Angah muda juga lagi. Dia baru saja berusia 27 tahun. Kata doktor kemungkinan Angah selalu menahan kencing dan kurang minum air untuk bantu membersihkan toksid yang ada di dalam badan.

Angah terpaksa menjalani dialysis ini sebanyak 3 kali seminggu. Tidak tahulah nanti. Kami sekeluarga hanya dapat iringi dengan doa.

Sabtu, Mei 01, 2010

SESAK DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH

Dah beberapa hari Mak asyik merungut macam-macam barang yang biasanya dibeli di supermarket telah kehabisan. Mak mengajak pergi membeli-belah di Jusco Seremban.

Jadi hari ini, semua bangun dan sarapan awal. Along yang bekerja di Seremban dan duduk menyewa bersama rakannya di sana telah balik petang semalam untuk membawa kita orang ke sana.

Bila semua dah siap, tak muat pula nak masuk ke dalam kereta Along. Van Angah pula dihantar ke bengkel kerana di senduh orang tiga hari lepas. Hujung-hujung, tiga orang terpaksa naik bas ke Seremban.

Ini Mak, Bid, Alang dan kakak singgah di rumah sewa Along untuk solat. Angah bawa adik-adik untuk terus balik ke rumah dengan bas kerana mereka asyik meragam saja sejak tadi. Nasib juga mereka takut dengan Angah dan akur saja untuk balik.

Rupanya ramai betul orang ke kompleks membeli-belah. Kita orang sampai sebelum pukul 10 pagi, jadi tak ada masaalah untuk parkir. Tetapi bila dah tengahari, kompleks dah sesak dengan orang. Tunggu giliran untuk bayar pun memakan masa yang amat lama.

Rabu, April 28, 2010

MASIH TAK LENGKAP JUGA

Rupanya ada komputer saja pun tak cukup lengkap lagi. Bid tak pula perasan sebelum ini sebab main guna pakai yang kakak dan ofis punya.

Sekarang apabila dah ada komputer sendiri, Bid kena pula langgan dengan broadband dengan salah satu penyedia khidmat ini. Mahal juga pekejnya tu.

Buat masa sekarang Bid tak boleh pakai di rumah sebab tidak berlanggan dengan Streamyx, TM. Kakak pakai melalui handfon 3G. Jadi jika kakak tak ada di rumah, atau kakak tengah menggunakan komputernya, Bid tak boleh pakai juga.

Mama kata itulah yang dinamakan bagi tiap sesuatu memang ada tanggung-jawapanya. Bid tak faham pula hari itu.

Jadi sekarang Bid kena fikirlah dan buat pilihan sendiri samaada untuk berlanggan dengan penyedia khidmat, ataupun membeli handfon yang ada 3G. Tetapi handfon 3G macam cenggitu mahal juga, dan jika mahu, kenalah kumpul duit dulu.

Mungkin Bid akan berlanggan dengan Maxis dulu kerana ada pekej yang lebih murah sedikit tu. Tapi, apa-apa pun kena kira dan tengok budget dulu la .. hehe!

Isnin, April 26, 2010

MAIN 'GAMES'

Hehe. Dah ada komputer kecil sendiri ini, Bid lebih banyak main games la pulak. Memang seronok juga sebab macam-macam games ada.

Lagi pun Bid rasa main games ada kebaikannya juga. Kita pun tak payah nak kata sesiapa, dan kita tak kacau orang juga.

Tapi tadi bos dah sound pulak. Agaknya dia nampak Bid main games masa rehat tengahari tadi, dan dia ingat Bid asyik main saja tak buat kerja. Atau ada si pengadu-pengadu agaknya la tu.

Apapun Bid tahu Bid tidak mencuri tulang dan masa pejabat. Kerja Bid memang Bid kerjakan. Bid ingat pesan Mama supaya tidak menyalah-gunakan kemudahan yang ada.

Ya, kira jam kerja dari pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang dengan 1 jam rehat. Maknanya tujuh jam produltiviti itu kewajipan kerja sejajar dengan perjanjian. Tapi hari-hari sekurangnya Bid kerja lebih setengah jam.

Agaknya itu yang selalu dikatakan yang kita kena 'work smart' dimana masa bos ada kerja bagai nak rak, tapi sebaik bos hilang kerja tergantung. Entahlah. Tapi, Bid memang kerja dengan jujur dan ikhlas.

Sabtu, April 24, 2010

SUDAH DAPAT 'NETBOOK'

Hari ini Bid rasa amat gembira. Akhirnya, Bid ada sebuah komputer sendiri. Ini kira ehsan dari Mama (mak saudara sepupu Bid yang membela Bid masa kecil dulu tu).

Sebenarnya, Mama berjanji masa hari jadi Bid yang lalu. Kata Mama, jika Bid dapat simpan wang lebih sehingga sampai ke jumlah yang cukup untuk membayar separuh harga komputer, beliau akan beri jumlah separuh lagi itu. Tetapi Mama juga letakkan syarat supaya wang tabungan tetap setiap bulan mesti tidak kurang dari RM100.

Bulan ini Bid sudah dapat memenuhi syarat Mama. Bid mula mengumpul sejak bulan November lepas. Bulan ini jumlahnya sudah jadi RM 800. Mama kata kalau hendak 'netbook' sudah boleh beli.

Hari ini, selepas habis saja kerja tadi, Bid terus datang ke rumah Mama. Memang sudah tak sabar-sabar lagi rasanya.

Selepas Maghrib tadi, Mama pun bawa Bid pergi ke kedai komputer, dan kami belikan sebuah 'netbook' hewlett packet. Mama suruh tambahkan keupayaan. Jadi jumlahnya RM1800 jugalah, tetapi Mama bayar saja. :) Bestnyer!!! Alhamdulillah.

Itulah yang Bid duduk mengadap 'netbook' ni, rasa seronok sangat. Abang (anak Mama) pula berjanji nak isikan dengan beberapa 'softwares' esok hari.

Khamis, April 22, 2010

TAKUT WABAK H1N1

Semalam seorang mak saudara sepupu Bid yang tinggal di utara telah meninggal kerana H1N1. Semua anggota keluarganya juga sedang mendapat rawatan di hospital kerana penyakit ini. Katanya suaminya juga sedang dirawat di ICU.

Bid tidak ikut pulang kerana Bid pun tidak begitu rapat dengan mereka. Mama yang menyampaikan berita ini. Kata Mama sekurang-kurangnya sekadar mengambil ingatan supaya lebih berhati-hati dengan kesihatan sendiri.

Mengikut cerita Mama seluruh kawasan perumahan mereka itu dikatakan telah terkena wabak ini. Cuma tahap saja yang berbeza. Keluarga ibu saudara sepupu Bid ini adalah yang paling teruk.

Seram juga mendengarnya. Mama pesan suruh cepat-cepat pergi berjumpa doktor jika demam dan batuk-batuk. Sekarang ini musim hujan dan panas. Banyak orang rasa tak sedap badan. Tak ke menakutkan?

Ahad, April 18, 2010

UCAPAN TAKZIAH

Bid ingin merakamkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Achik Spin (Abdillah Murad) yang telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri semalam. Walaupun Bid tidak berapa sangat mengikuti perkembangan seninya, Bid tahu dia anak kelahiran Negri Sembilan. Jadi Bid turut gembira di atas pencapaiannya dalam bidang seni.

Katanya, Allahyarham terlibat di dalam satu kemalangan ngeri. Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya sendiri itu terbabas, terus terbakar dan meletup di Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) lewat petang semalam. Bid nak juga menggambarkan peristiwa berkenaan. Jadi Bid ambil pakai gambar di bawah seperti yang disiarkan diakbar tempatan setelah mendapatnya dari Bernama.


Bid rakamkan juga di sini gambar Allahyarham Achik bersama balunya sewaktu perkahwinan mereka dahulu.

Jenazahnya telah pun selamat dikebumikan di Ampangan. Kalau Bid dapat tahu awal, Bid tentu ikut juga ke sana.

Apapun Al Fatihah untuk arwah.

Ahad, April 11, 2010

SALAH GUNA KEPINTARAN!

Bid ingat Mama dulu selalu bercerita antara pintar dan bijaksana. Masa tu Bid kecil lagi. Jadi Bid pun tak berapa faham masa tu.

Salah satu cerita Mama ialah tentang seseorang mesti bersikap bijaksana. Kata Mama, untuk bijaksana kita hanya perlu tekun dalam usaha meningkatkan keimanan, memperelukkan budi dan juga mencapai tahap kelulusan akademik yang baik. Seseorang yang dapat mengasuhkan diri menjadi bijaksana akan dapat menghadapi segala cabaran hidup dengan cemerlang.

Mama juga kata jika seseorang hanya ada kepintaran dan kepakaran, takut nanti lemas dalam kehidupan. Mungkin itulah yang berlaku kepada murid pintar yang menyamar jadi anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ itu.

Mengikut berita, remaja berkenaan berusia 18 tahun dan memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Dikatakan dia adalah bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera dan tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil lagi.

Mungkin dia jadi begitu akibat atau kesan dari merasai diri terasing kerana duduk dengan keluarga angkat itu. Bid dulu pun ada rasa satu perasaan yang menggangu semasa duduk dengan Mama.

Dia bertindak agresif senyap dengan berbuat begitu. Bid dulu bertindak agak pasif dengan mahu balik duduk dengan Ayah, dan Mama bersikap terbuka dan amat mengerti.

Tapi sekarang Bid menyesal sangat. Mama masih terus baik dengan Bid dan menasihati agar Bid terus berusaha memperbaiki diri.

Jumaat, April 09, 2010

SIRIH PUN BANYAK JENIS

Hari ini barulah masuk dalam kepala Bid bahawa rupanya sirih ada berbagai jenis juga di Malaysia ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Hari tu dah baca N3 D Dr Fauziah tentang sirih. Bid rasa beliau beritahu tentang peranan dan khasiat sirih.

Semasa waktu rehat sembahayang Jumaat dan makan tengahari tadi Bid dan tiga orang kawan sekerja makan berdekatan kawasan pasar Seremban. Di waktu itu kami bertembung dengan orang yang sedang bercerita tentang sukarnya mencari sirih Melayu untuk dibuat sirih junjung.

Jadi kita orang pun bertanyalah tentang sirih Melayu itu. Mereka berkata bahawa setahu mereka ada empat jenis sirih iaitu sirih Melayu, sirih Keling, sirih Cina dan sirih Udang.

Mengikut cerita mereka, sirih Melayu adalah lebih hijau. Daunnya lebar membujur kehujung. Itulah sebabnya orang Melayu kata bujur sirih. Di pasar Seremban katanya sukar untuk mendapat sirih Melayu. Yang ada dijual ialah sirih Keling.

Sirih Keling pula mempunyai daun yang lebih kecil bentuknya dari sirih Melayu, tetapi lebih keras teksturnya. Warnanya juga tidak begitu hijau, malah seperti kusam, dan rasanya adalah pedas. Mengikut cerita, sirih ini berasal dari India.

Sirih Cina pula adalah seakan sirih Melayu tetapi berwarna hijau kekuningan. Rasanya juga lebih lembut dan tekstur sedikit licin dari sirih Melayu.

Sementara sirih Udang pula agak rapuh daunnya. Ia mempunyai urut daun dibelakang yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah seakan-akan udang yang dimasak.

Selain itu terdapat juga sirih hutan. Sirih hutan ini tidak boleh dimakan, dan daunnya dikatakan keras dan rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok di dalam hutan.

Bid ingat nanti Bid nak pergi baca semula N3 D Dr Fauziah. Hari itu baca sekali lalu saja. Semua yang ingin tahu pun boleh ikut Bid juga la .. hehehe.

Isnin, April 05, 2010

TAK ADA INTERNET LAGI!

Semalam semua duduk buat kerja lain atau lepak-lepak saja. Tak tahu apa halnya tapi memang tak dapat internet. Kakak kata mungkin juga drive dia tu bermasaalah sebab sebelum tu dia terjatuh kuat juga.

Nak buat macam mana kan. Tak ada siapa pulak yang pandai nak baiki. Kata kawan pulak kalau drive yang rosak, kena dapat yang baru saja.
Ni dah 'lunch break' Bid pun cepat-cepat masuk. Tadi dah 'brunch' jadi tak payah nak pergi makan lagi.
Sekarang Bid nak pergi ziarah-ziarah blog favourite dulu. Nanti tak sempat pulak. Bos akan bising pulak jika dah habis waktu makan masih mengadap komputer buat kerja lain.

Jumaat, April 02, 2010

DIN BERAMBOI SELAMAT DISEMADI

Allahyarham Din Beramboi telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kepong, Wilayah Persekutuan sebelum solat Jumaat tadi. Di usia semuda awal 40an beliau telah dipanggil mengadap Allah SWT. Lihatlah wajah sayu balu yang meriba anak kecilnya.


Tetapi sudah qadaq dan qadarnya meninggal diumur begitu. Walaupun ramai akan merasai kehilangannya, kita semua hanyalah insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa.

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin, amin.

Rabu, Mac 31, 2010

AKIBAT TRAUMA

Bid baca berita tentang anggota tentera yang sakit mental setelah didera. Memang ada banyak lagi peristiwa seperti ini. Apapun, Bid petik sebahagian berita berkenaan di bawah:

PEKAN: Seorang bapa mendakwa anaknya yang bekerja sebagai anggota tentera darat di bahagian kejuruteraan di sebuah kem di Kuala Lumpur mengalami masalah mental akibat dipukul pegawainya kerana tidak hadir bertugas selama setahun.

..... kini terpaksa menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Kejadian dera itu dikatakan berlaku tahun ... Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Kuala Kurau ... dipukul di bahagian kepala dengan kuat menyebabkan pendarahan yang banyak ... dipukul sepanjang perjalanan itu oleh seorang pegawai tentera berpangkat Kapten ... menjadi tidak waras dan pada awal tahun ini, dia dihantar ke Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental di Kuala Lumpur yang kemudiannya disahkan mengalami masalah mental.

...Walaupun disahkan ... mengalami masalah mental, dia tetap dibicarakan di Mahkamah Tentera dan telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan pada 5 Mac lalu.

... beberapa hari dijatuhi hukuman ... dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana dipercayai diberi makan ubat terlebih dos.

Banyak lagi kes-kes seperti ini yang Bid pernah dengar. Bid teringat di kampung dulu ada keluarga yang masuk askar. Beliau tidak meneruskan tugas kerana tidak tahan didera, dan lari balik bersembunyi di kampung datuknya pula. Tetapi tetap juga dapat dikesan. Sampai sekarang dia memang ada masaalah mental.

Ternyata sesuatu deraan akan menjadi suatu trauma. Semakin teruk deraan, mungkin semakin teruk trauma itu.

Isnin, Mac 29, 2010

TAK ADA KUASA LETRIK


Sejak tengahari bekalan letrik di ofis terputus. Katanya ada pokok tumbang akibat hujan semalam. Tapi semasa pagi itu ada pula letrik. Pelek juga alasan tu.

Kelam kabut kita orang dibuatnya. Yang paling teruk ialah cuaca pula amat panas. Macam kena bahang api rasanya.

Generator spare pula tak dapat dihidupkan. Mula mereka kata kehabisan minyak. Selepas dah pergi beli dan masukkan minyak pun, tak juga boleh dihidupkan. Budak pejabat membawa pergi ke kedai untuk mengetahui kenapa terjadi begitu dan baiki. Sampai habis waktu pejabat pun dia tak balik lagi.

Bos pula mengamuk. Habis cari pasal dengan kaki-tangan. Ada-ada saja orang itu dan orang ini tak kena. Mahu tak mahu, kena dengar sajalah leteran beliau.

Sabtu, Mac 27, 2010

KAKAK BERTUNANG

Hari ini kakak Bid yang pertama, Alang, resmi bertunang dengan jejaka kenalan keluarga di kampung sebelah Mak. Majlis baru saja selesai sekejap tadi.

Semua orang nampak gembira. Tentulah Alang dan tunangnya yang paling gembira. Mereka nampak sepadan. Sayangnya Alang tak izinkan gambar-gambarnya dan majlis pertunangan ini disibarkan ke mana-mana. Alang dah buat Bid berjanji sejak semalam lagi. Nak buat macam mana!

Apapun, Bid nak ceritasikit tentang hantaran dan syarat-syarat yang berkaitan. Mak dan Along bersetuju untuk meminta hantaran sebanyak RM 8,000 sahaja dengan sebentuk cincin berlian dan mas kahwin sebanyak RM 80. Agaknya berdoakan kepada keberuntungan seperti kepercayaan orang Cina. Semua yang lain akur saja.

Insya Allah, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hujung tahun nanti. Tarikh sebenar belum ditetapkan. Tetapi besar kemungkinan ia akan diadakan pada bulan December.

Selasa, Mac 23, 2010

UCAPAN DAN TITAH

Banyak hari juga Bid duduk fikir samaada nak buat entry mengenai perkara ini. Selagi difikir selagi Bid rasa keliru dan tertanya-tanya sendiri. Jadi lebih baiklah Bid tanya di Maya saja. Mungkin ada yang dapat memberi penjelasan.

Isunya ialah tentang ucapan dan titah para pembesar negara di acara-acara tertentu. Bukan apa, Bid cuma pelik saja kenapa dalam sesuatu ucapan atau titah tu ada pujian berlebih-lebihan untuk pemerintah atau pemimpin tertentu. Kekadang perkara yang diucapkan tu pun tidak ada kaitan dengan acara yang sedang dilancarkan atau sedang berjalan.

Bid ada dengar dari beberapa saluran. Katanya apabila seseorang kenamaan nak meresmikan apa-apa acara, penganjur atau pegawai-pegawai kerajaan tertentu yang membuat ucapan untuk beliau berikan diupacara itu.

Inilah yang Bid rasa musykil. Sepatutnya ucapan itu padat dan ringkas mengenai acara berkenaan. Kenapa harus puji berlebihan kepada parti atau pemimpin tertentu? Pelek, sungguh pelek!!!

Khamis, Mac 18, 2010

KATA HATI, "KERANA KASIH AKU IKUTKAN"


Bid lihat sejak kebelakangan ni banyak pula cerita dan berita pasal budak perempuan Malaysia yang lari dengan pemuda Lombok. Selepas dah lari, bernikah dan duduk di Lombok dengan segala keperitan hidup, barulah rasa amat susah. Lama-lama mereka sudah tak tahan. Akhirnya, mereka pun diselamatkan oleh keluarga di Malaysia dengan bantuan pelbagai pihak.

Hebat juga jalan cerita ini ya. Mereka-mereka yang perempuan ni mula-mula mengikut kata hati iaitu "kerana kasih aku ikutkan" nampaknya. Rupanya cinta buta tu pada masa mula saja. Lepas tu cinta celek juga rupanya.

Esok-esok boleh jadi trend pula. Susah sangat nak dapat lelaki Malaysia, carilah saja jejaka Indon, Bangla ke India. Mereka-mereka ni pun memang mat jiwang juga, pandai memujuk sampai mahu pula si perempuan tu ikut.

Bid dan kakak pun pernah juga dingorat oleh jejaka Indon dan Bangla. Nasib baik juga Bid dan kakak takut bila mereka mula menghampiri dengan segala pujuk rayu tu. Sebaliknya, Bid dan kakak cepat-cepat lari naik bas untuk balik rumah. Kakak Bid suruh baca ayat-ayat Al Quran. Alhamdulillah, selamat.

Selasa, Mac 16, 2010

NIKAH BERWALIKAN AYAH ANGKAT?

Hari ini Bid dapat cuti sakit kerana sakit perut. Kata doktor, Bid keracunan makanan. Agaknya kerana gulai masak lemak daging salai yang Bid makan semalam itu. Rasanya seperti sudah nak basi, tapi Bid habiskan juga.

Apapun, bagus juga dapat berehat sehari di rumah. Kebetulan kakak pun sedang bercuti dan duduk lepak-lepak saja di rumah.

Sebenarnya Bid nak ceritakan satu isu yang Bid dengar dalam cerita di TV3 sebentar tadi, iaitu dalam drama bersiri "Tasbih Cinta." Jalan ceritanya tadi ialah pasangan berkenaan akan dinikahkan, dan nenek kepada bakal pengantin perempuan meminta ayah angkat menjadi wali kerana beliau telah memelihara cucunya dari kecil lagi. Biar betul!

Indonesia ni pakai hukum mana ya? Jelasnya, setahu Bid, itu bukan Islam. Mana ada hukum syarak yang membenarkan ayah angkat menjadi wali? Malah, setahu Bid juga, jika pernikahan sedemikian berlaku, hukumnya adalah pernikahan itu tidak sah.

Sabtu, Mac 13, 2010

SUSAH JUGA

Mulai Selasa kelmarin, kita orang kena buat kerja tambahan kerana ada tugasan baru sedangkan kakitangannya belum ada lagi. Bos janji akan memberi ganjaran 10% daripada gaji asas sehingga jawatan berkenaan diisi.

Jadi tak ada ruang berehat selain dari waktu makan. Itu pun kita orang semua kena berkejar-kejar kerana nak solat zohor lagi. Oleh sebab itu Bid tak dapat la nak buat N3 baru atau pun ziarah2 ke. Balik rumah lagi la tak boleh nak buat sebab netbook tu cuma ada masa kakak balik rumah je.

Nasib la, sebab nak beli sendiri pun mahal juga tu dan tiap-tiap bulan bayar pun mahal juga. Hati memang hendak, tapi nanti Mak mesti mengamuk sebab masih ada banyak lagi keperluan lain. Mahu tak mahu sabar jer ......

Isnin, Mac 08, 2010

BARU TAHU 'JAWI'

Selama ini Bid ingatkan perkataan 'Jawi' hanya bermaksud tulisan menggunakan huruf-huruf jawi. Hari ini baru Bid tahu rupanya ada lagi makna dan maksud lain. Kebetulan wakil pembekal peralatan pejabat tadi menceritakannya kepada Bid dan staf-staf lain semasa beliau menghantar stok.

'Jawi' yang bermaksud tulisan menggunakan huruf-huruf jawi memanglah tulisan dari pengaruh Islam, dan berasal dari tulisan Arab. Seingat Bid penulisan Jawi dah lama wujud di Nusantara kita. Malah Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara kita juga tertulis dalam abjad Jawi.

Kita sering juga melihat tulisan Jawi ini. Antara perkataan dan kalimah yang amat popular serta sering kita tulis dan baca dalam Jawi = Arab ialah:

'Jawi' juga ialah sebuah bandar kecil di Pulau Pinang. Pekan kecil ini terletak berhampiran pekan Nibong Tebal dan pekan Sungai Bakap di kawasan Parlimen Nibong Tebal, Seberang Perai.

Satu lagi makna 'Jawi' ialah kumpulan orang-orang Pulau Pinang dari keturunan kahwin campur India dan Melayu. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan Mamak.

Disamping itu ada juga warga golongan 'Jawi Peranakan' yang merujuk kepada golongan elit Muslim dari keturunan campuran warga Asia Selatan dan warga berketurunan Melayu kelas atasan. Warga Asia Selatan adalah berasal dari wilayah India Utara dan Pakistan. Kebanyakan mereka adalah dari puak Punjabi dan Gujerati. Mereka mengahwini perempuan Melayu tempatan dan keturunan mereka inilah yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

Jawi adalah perkataan Arab bagi wilayah Asia Tenggara. Peranakan pula diertikan sebagai hasil kelahiran. Maka lahirlah Jawi Peranakan itu. Di Pulau Pinang mereka dikenali sebagai 'Jawi Pekan.'

Kebanyakan mereka tinggal di Pulau Pinang dan Singapura. Mereka juga dikenali sebagai golongan elit yang kaya raya. Tapi katanya sekarang ini bilangan mereka sudah tidak begitu ramai.

Jumaat, Mac 05, 2010

KESAN IKLAN

Nasib baik juga kakak Bid balik bercuti hari minggu awal. Dapat juga Bid pinjam guna laptop kakak tu. Tadi Bid tak sempat nak buat entry tentang cerita Bid termakan propaganda iklan.

Tengahari tadi Bid dan kawan singgah makan pizza di Pizzahut. Bukan apa, kami dah seminggu teruja nak makan set pizza saiz personal yang katanya ada tambahan keju, tapi harganya masih sama.

Jenuh berpanas kerana cuaca agak terik juga. Tapi dik kerana keinginan nak makan tu dah sampai ke kemuncak, kita orang redah juga.

Sampai saja di Pizzahut, kita terus mengambil tempat dan buat order. Bila dah dapat makanan yang dipesan, rupanya tak ada beza benar pun. Lebihan keju tu tak nampak dan tak terasa pun.

Itulah bahananya bila kita termakan dengan tarikan promosi yang intensif. Iklan Pizzahut ternyata berkesan. Mana tidaknya, hari-hari kita disajikan dengan iklan di media akhbar dan TV serta juga 'flyers' yang diedarkan.

Selasa, Mac 02, 2010

'WAKIL RAKYAT BERKARAT!'

Ini kira macam slogan ala-ala '1Malaysia' juga agaknya. Sejak dua menjak ni, Bid asyik dengar slogan 'Wakil Rakyat Berkarat' di sana sini, diucapkan gaya-gaya berseloroh gitu.

Mungkin kerana akhir-akhir ini ada beberapa kerat wakil rakyat yang berlompat, melompat dan terlompat :) ..... pun sebahagian dari gaya berseloroh. Yang satu kata begini, yang lain kata begitu ..... buat kita bingung saja!

Apapun, Bid sendiri rasa tidak percaya kepada mereka yang melompat sana sini macam katak tu. Biasanya katak tu akan hanya melompat keluar dari tempat duduknya yang sedia ada untuk mencari paya, kolam atau tempat yang lebih selesa dan baik untuk dirinya.

Jika seseorang itu asyik cuba mengatakan yang dia melakukan segalanya kerana bangsa, dan bukan kerana kepentingan diri sendiri, tentu ada yang tak kena. Selalunya, manusia yang melakukan sesuatu untuk dirinya atau membuat salah itulah yang lebih-lebih mencuba meyakinkan orang bahawa dia yang baik, ikhlas dan tidak mementing diri. Betul tak?

Ahad, Februari 28, 2010

CERITA KENDURI

Tadi Bid ada idea macam-macam nak cerita, tapi internet dah meragam pulak. Ni dah dekat tengah malam baru la ada balik. Mungkin kerana hujan lebat tadi agaknya. Tetapi Bid dah hilang idea pulak ... hehehe

Bid nak cerita pasal kenduri sajalah. Kenduri ni adalah kenduri kahwin sempena bulan Maulidur Rasul katanya. Majlis makan adalah siang tadi. Memang kenduri tu meriah.

Cuma rasa macam mencemar Maulidur Rasul sebab malam ni ada joget lambak pulak! Kata Abang Bid yang baru saja balik dari sana, joget lambak tu memang meriah sekali. Banyak orang tunggu sampai habis sebab upacara begini jarang-jarang ada. Tapi Bid terfikir, berkat ke nanti mempelai tu?

Jumaat, Februari 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Kita melihat pemimpin negara selalunya teruja mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Mungkin itu sudah termasuk dalam agenda tetap negara setiap tahun.

Bid juga turut meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan cara Bid sendiri. Bukan buat apa sangat. Hari ini, Bid sekeluarga sekadar membuat pulut kuning dengan rendang, meehoon goreng dan puding sagu dan mengajak jiran sebelah-sebelah rumah untuk membaca doa selamat dan berselawat Nabi tadi pagi. Kira sebagai majlis kesyukuran juga.

Di hari ini, Bid ucapkan juga Salam Maulidur Rasul kepada kawan-kawan di Maya serta seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga juga semua melakukan sesuatu yang baik sebagai menghormati dan menunjukkan tanda kasih kita kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, sempena hari kelahiran baginda hari ini. Rasanya tentu lebih baik jika kita dapat lebihkan amalan berselawat selain dari berzikir dan melakukan ibadah sunat.

Sabtu, Februari 20, 2010

ALANG SUDAH BERSETUJU

Pagi ini Alang memberitahu emak bahawa dia bersetuju untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga. Jelas sekali emak amat gembira.

Sejak pulang dari bercuti, Alang telah meminta pandangan Bid, kakak dan Along mengenai calon suami yang disyorkan semasa balik Melaka tempuhari. Calon ini kiranya adalah ciri-ciri suami yang serba sederhana; nampak baik, ada rupa juga dan bekerja tetap dengan kerajaan (kumpulan B).

Sebenarnya calon berkenaan ada pertalian keluarga juga, tapi agak jauh. Kita orang semua pernah bertemunya beberapa kali. Bila bertemu lagi terakhir ini, beliau telah menyatakan hasrat kepada kedua ibu bapanya untuk memperisterikan Alang jika Alang masih belum terikat dengan sesiapa. Kedua ibu bapanya pun terus saja memanjangkan kepada emak dan ahli keluarga terdekat yang lain. Beliau pula memberi cenderahati berserta nota pendek kepada Alang. Semua bersetuju untuk memberi masa hingga cuti sekolah yang akan datang ini untuk melangsungkan pertunangan jika Alang tiada halangan.

Kata Alang dia menyerahkan kepada takdir, dan mendoakan yang terbaik. Katanya nak menunggu pun belum tentu dia akan berjumpa orang yang lebih baik. Sekarang Alang pun dah berusia 25 tahun lebih, dan emak amat risau juga takut Alang menjadi andartu ..... :)

Pada emak semua harus diambil kira. Katanya Bid dan kakak pun harus mula serius memikir tentang jodoh ..... kahkah! Walhal Bid baru akan masuk 20 tahun pada bulan September nanti, sementara kakak pula hanya dua tahun lebih tua dari Bid. Tetapi kakak kata dia mungkin menerima teman kuliahnya yang dia rasa agak istimewa orangnya dan menyayanginya.

Khamis, Februari 18, 2010

MALASAN DI RUMAH PULAK

Bid bersama emak dan kakak-kakak Bid dah balik ke rumah. Kita orang baru saja selesai makan tengahari. Tadi kita orang lewat sedikit bertolak dari rumah ibu saudara dari Melaka sana kerana tayar teksi yang disewa itu pula terkena paku. Jadi sampai di rumah pun lambatlah. Ini pun, makan nasi dengan lauk telur dan sardin saja. Tetapi bila dah lapar tu, apa-apa pun sedap.

Sekarang dah kekenyangan, rasa malaslah pula. Nak tidur pun tak selesa juga kerana rumah agak berantakan kerana dah hampir seminggu ditinggalkan dengan abang-abang Bid. Emak suruh terus berkemas, tapi kita orang semua memberi alasan kepenatan.

Jadi ni tengah duduk malasan sajalah di rumah. Walaupun dah melepak semasa bercuti ke kampung emak, masih belum puas juga. Hehe ... biasalah kan? Sementara emak belum naik angin, kita bermalasanlah sekejap. :)

Jumaat, Februari 12, 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun harimau, pada hari minggu nanti, Bid nak ucapkan Selamat Hari Raya Cina . Semoga tahun ini membawa erti dan rezeki yang lebih baik dari tahun yang dahulu.

Rasanya semua orang mengambil cuti panjang. Kalau tak ke mana-mana pun, mungkin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sendiri. Bid dan dua kakak Bid akan ikut emak balik ke kampung di Melaka untuk menziarahi bapa saudaranya yang sedang agak uzur kerana sakit tua. Kata emak mungkin kita semua akan berada di sana selama dua atau tiga hari.

Selamat bercuti ya. Berhati-hati di dalam semua urusan. Insya Allah, bertemu lagi selepas cuti panjang ini nanti.

Khamis, Februari 11, 2010

LEBIH TIGA HARI YANG AMAT SIBUK


Petang ni barulah dapat bernafas sikit. Dari petang hari Isnin sampai sekejap tadi, tiba-tiba saja semua staf terpaksa kerja sampai lebih masa. Semua orang terpaksa saling membantu menyiapkan segala kerja. Bos pula berjanji akan memberi wang lebih masa tambahan sebanyak RM 150 tiap seorang. Harap-harap beliau memegang pada janji itu, jadi adalah wang lebihan nanti :)

Sementara berehat ni Bid masuklah ke Maya .. relaks-relaks malasan sekejap. Tapi tak ada cerita lain nak dipaparkan la pulak ..

Isnin, Februari 08, 2010

TEMAN ISTIMEWA

Dua tiga hari lepas ni, Bid jadi keliru. Emak asyik marah-marah semua kita orang adik beradik terutamanya Along, Angah dan Alang. Ada-ada saja tak kena. Bila ditanya apa masaalah sebenarnya tak nak pula beritahu.

Baru sekejap tadi barulah jelas sebab utamanya. Rupanya emak risau kerana tiada siapa lagi dari kalangan kita orang adik beradik yang sudah berumur 20 tahun atau lebih ni yang dah kahwin. Along, Angah dan Alang (berumur 27, 25 dan 24 tahun) masing-masing belum mempunyai teman istimewa yang boleh dijadikan calon pasangan hidup. Kakak dan Bid pun tentulah belum mempunyai teman istimewa juga.

Along kata beliau tak nak ada teman istimewa sekarang. Angah tidak berminat juga lagi kerana beliau mahu cuba mencari pekerjaan yang lebih baik dahulu. Sementara Alang telah putus kasih tahun lepas, dan masih belum bertemu penggantinya. Kakak pula ada memberitahu Bid yang dia baru saja mengenali seseorang yang mula rapat dengannya. Tapi katanya ia masih terlalu awal untuk membuat komitmen kerana mereka baru saling cuba memahami hati budi masing-masing.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi kita orang beritahu emak supaya terus bersabar saja. Bila tiba jodoh tu kahwinlah.

Khamis, Februari 04, 2010

UPACARA TAHLIL DAN BACA YASSIN

Malam ni ada majlis membaca Surah Yassin beramai-ramai. Semua penduduk baru diberitahu semalam sebenarnya. Katanya sempena upacara tahlil kerana salah seorang penduduk telah meninggal dunia.

Ada juga yang merungut kerana penduduk diminta untuk membawa sumbangan juadah. Pihak pengajur akan hanya menyediakan teh tarik dan air sirap.

Biasanya penduduk hanya disyorkan untuk menyumbang. Tetapi malam ni semua diminta untuk menyumbang pula. Mungkin juga ini kerana keluarga arwah tidak mempunyai cukup wang untuk menyediakan makanan.

Apapun Bid tidak ikut pergi ke upacara malam ini. Selalu pun begitu. Ia lebih khusus kepada kaum ibu bapa dan jemaah lelaki sahaja. Tapi tadi, Bid kenalah juga bergegas balik untuk membantu mak menyediakan kuah sos cili dan menggoreng tauhu kerana mak buat tauhu sumbat.

Isnin, Februari 01, 2010

TAK BOLEH PILIH KERJA

Bagi warga Felda memang tak banyak sangat pilihan kerja. Biasanya, ibu bapa menoreh atau mengusahakan hasil tanaman. Ada juga yang sudah diambil aleh oleh anak-anak mereka. Tetapi, kebanyakan mereka ini terdiri dari mereka yang tak mempunyai kelulusan akademik.

Anak-anak Felda harus keluar kerja ke pekan atau bandar terdekat jika mahu kerja lebih baik dengan pendapatan yang menjanjikan masa depan yang lebih baik juga. Tapi mesti terlebih dahulu mempunyai kelulusan akademik minima SPM yang baik.

Jika tak mahu pergi kerja jauh-jauh, adalah beberapa-beberapa jawatan rendah di sekolah dan di gedung-gedung perniagaan. Kira kerja yang setaraf kerani atau pembantu rendah macam pekerjaan Bid ni. Tetapi jika tak memilih sangat kerja, memang masih ada kerja.

Jumaat, Januari 29, 2010

SERONOK LA RASANYA

Bid, emak dan kakak-kakak Bid baru saja selesai menyediakan sepenuhnya tempahan kueh kapit tu. Jadi besok boleh la keluar dengan kawan-kawan seperti yang dirancangkan juga.

Tentu lebih bagus kalau tempahan untuk kueh kapit ini adalah satu kontrak yang berterusan, bukan bermusim dan berkala seperti sekarang. Tapi agaknya permintaan untuk kapit ni cuma ada masa perayaan Tahun Baru Cina je.
Seronok la rasanya kalau punca pendapatan tambahan ini adalah saluran tetap.

Selasa, Januari 26, 2010

BUAT KUEH KAPIT

Sejak tiga tahun lalu, emak dan kakak ambil tempahan dari seorang pembekal untuk membuat kueh kapit sempena Tahun Baru Cina. Tahun pertama dulu tempahan cuma 5,000 keping, dan tahun lepas pula sebanyak 10,000 keping. Tetapi tahun ni tempahan tu lebih banyak pula, iaitu sebanyak 35,000 keping. Mungkin mereka puas hati dengan hasil kerja emak dan kakak. Lagi pun emak memang orangnya jenis yang tak berkira sangat.

Harga upah borong pun dah naik dua kali ganda iaitu kepada 15 sen sekeping. Kata emak harga tu lebih baik sikit. Rupanya harga asal murah juga, tapi di pasaran dah jadi sekurang-kurangnya 50 sen sekeping.

Oleh kerana tarikh serahan tu pada hari Sabtu nanti, emak dan kakak terpaksa kerja sampai larut malam. Ahli keluarga lain, iaitu Bid, seorang kakak lagi dan adik Bid terpaksa juga turut membantu. Kata emak, tiap seorang yang bantu dari semalam sehingga selesai nanti akan dapat RM 200. Kira okey gak la .. kira-kira RM 25 satu malam. Kerjanya pun tak la berat sangat, tapi memakan masa juga. Apapun, dah ada jaminan wang tambahan la bulan ni .. hehehe ..

Isnin, Januari 25, 2010

KELUARGA BERKUMPUL TAPI SELERA PULA TAK SAMA

Hari minggu semalam kita orang ada tetamu. Tiba-tiba saja saudara sebelah emak datang ke rumah. Kata mereka dah lama tak berjumpa. Keluarga disebelah Melaka dah rindu sangat kerana kita orang dah lama juga tak balik ke kampung emak di Melaka tu.

Dah dia orang datang tu abis diambil alih bahagian dapur. Tiba-tiba ada masak asam pedas daging dan masak teluar jeruk. Memang adik-beradik Bid tak berapa suka sangat masak asam pedas Melaka ni. Tapi nak buat macam mana.

Hujung-hujung kakak buat derk je terus goreng ikan bilis dengan cili padi dan bawang dan buat sambal tumis tauhu. Kira-kira tambahan lauk le. Hakikatnya, keluarga dari Melaka makan dengan masak asam pedas, dan Bid adik-beradik makan dengan lauk ikan bilis dan sambal tauhu. Hehehe ...

Rabu, Januari 20, 2010

DAH HUJAN TAK DAPAT TALIAN

Dua hari lepas ni hujan turun dengan lebatnya. Siap dengan guruh dan petir lagi. Jadi, dah tak berani masuk ke Maya. Buatnya rosak komputer, nanti tentu bos mengamuk la!

Selepas hujan reda dah tak dapat talian pula untuk masa yang agak lama juga. Bila di rumah, susah pulak nak guna laptop sebab kena tunggu hingga kakak habis kerjanya.

Di tempat kerja ni waktu rehat pagi seperti sekarang ni bolehlah juga masuk sekejap. Kalau tidak pun boleh juga di waktu rehat makan tengahari. Masa kerja tentulah tak boleh .. mesti kena amaran.

Ni pun dah dengar bunyi guruh sekali-sekali. Tengok je le berapa lama lagi dapat duduk di sini ... :)

Isnin, Januari 18, 2010

BULAN SAFAR BULAN BALA?

Semalam kat kampung ada orang ramai-ramai buat kenduri doa selamat minta dijauhkan dari bala dan mala petaka. Kelazimannya begitu. Kata orang bulan Safar ni bulan yang penuh pelbagai macam dugaan.

Tak tahulah ada kebenarannya ataupun hanya sekadar kepercayaan karut marut sahaja. Apa yang Bid tahu, pada hari Rabu terakhir nanti, ada majlis doa khusus untuk minta dijauhkan dari bala juga. Ada juga orang akan pergi ke pantai beramai-ramai untuk mandi tolak bala lagi.

Betulkah bulan Safar ni bulan bala? Mungkin ianya hanya kepercayaan atau adat saja. Tetapi, meriah jugalah setiap tahun.

Rabu, Januari 13, 2010

JIKA PANDAI "BI"

Kata supervisor di tempat Bid kerja, jika staf pandai dan faseh dalam Bahasa Inggeris, peluang untuk membuat duit yang banyak dan masa depan yang lebih cerah sudah pasti ada. Mengikutnya, Bahagian Pemasaran memerlukan ramai pegawai. Tetapi tidak ada sesiapa pun di kalangan staf yang ada layak untuk posisi-posisi itu.

Sedih juga mendengarnya. Walaupun begitu, bila pihak pengurusan telah memberi penerangan dengan panjang lebar, semua pun faham.

Bid rasa jika perkara ini diberi perhatian khusus sejak awal tentu situasinya berbeza. Mungkin sewaktu sekolah dulu, jika dari awal lagi pelajar dididik ke arah matlamat ini, mungkin pelajar di kawasan Felda dan seangkatan dengannya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Sabtu, Januari 09, 2010

ZIARAH NENEK

Ni Bid sedang berada di Felda Sendayan. Lepas kerja semalam, Bid bersama-sama dengan dua orang kakak datang ke sini kerana menziarah nenek sebelah arwah bapa.

Nenek sedang sakit tua yang agak berat juga. Sejak minggu lepas kita orang nak datang, tapi mak tak izinkan. Bila dengar nenek dah bertambah teruk, ibu saudara kat Seremban terus datang menjemput kita orang tiga beradik. Katanya besok, beliau akan datang untuk menghantar kita orang balik pula.

Kesian juga nenek sebab beliau hanya tinggal berdua beranak dengan Mak Ngah yang juga sedang sakit kerana terkena buatan orang. Tapi nak buat macamana, tak siapa lain yang dapat tinggal bersama kerana masaalah biaya. Tak ada peluang kerja dengan gaji yang agak baik di sini. Semua kena keluar kerja ke tempat lain. Penduduk di sini memang pun macam kaya-raya kerana dapat pampasan jualan tanah Felda Sendayan tu.

Kita orang pun macam mati kutu juga ni. Nasib baik kakak bawa laptop dan boleh dapat talian daripada rumah jiran-jiran di sini.

Rabu, Januari 06, 2010

RAMAI ORANG CUTI LAGI AGAKNYA!

Baru kejap ni tadi, Bid lawat ke beberapa blog. Tapi banyak blog tu belum lagi buat update. Agaknya ramai orang masih cuti lagi la.

Ingat tadi Bid nak abiskan waktu rehat makan tengahari melawat ke blog. Nampaknya nanti kena cuba di lain waktu pula. Kalau tak, esok jer ..

Selasa, Januari 05, 2010

HARI MULA KERJA

Hari ini Bid mula kerja balik. Semalam sepatutnya masuk kerja tetapi bos beri satu hari cuti bonus untuk semua pekerja bahagian Bid kerja iaitu bahagian pakaian.

Dari sumber yang dipercayai, katanya sebab utama ialah kerana pakaian baru belum sampai lagi semalam. Tapi apa pun sebabnya, bagus jugalah dapat cuti tambahan tu. Sempat juga habiskan kerja mengemas bilik selepas abang mengecatnya di hari minggu tu.