Isnin, Disember 27, 2010

MELAYU TAK TENTU ISLAM

Semalam kawan sekolah Bid datang ke rumah.  Secara bersembunyi-sembunyi dia ajak Bid dan Alang pergi bekerja ke Kuala Lumpur bersamanya.  Katanya kita orang semua tidak mempunyai ijazah tinggi.  Jadi sukar untuk maju dan mendapat jawatan tinggi dengan pendapatan yang tinggi.

Kalau melihat ketrampilannya memang nampak dia mendapat kedudukan yang baik.  Di umur sebaya Bid dia sudah mampu membeli kereta sendiri.  Bid belum berangan pun lagi.

Bila dibawa berbincang dengan kakak sebelah malamnya barulah tahu cerita disebalik kisahnya.  Rupanya dia bekerja sebagai GRO di sebuah kelab di Bricksfield, Kuala Lumpur.

Kakak sudah tahu cara hidupnya kerana telah terserempak dia bersama lelaki lain-lain.  Kakak nasihatkan kami supaya lebih berwaspada.

"Ada Melayu yang sanggup buat apa saja kerana wang dan untuk kemewahan ... Sekarang Melayu pun belum tentu mengikut hukum Islam."  Demikian kata kakak.

5 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Aduh kes berat la pulak ni!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Gelombang semakin besar nampaknya!

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Benar tu .. kata mereka 'bukan mereka minta, tapi dipaksakan!'

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Memang banyak Melayu selam jer!!!

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Itu la kan ... bangsa bukanlah identiti Islam kerana Islam itu adalah berkaitan kepercayaan & iman; terlalu suci untuk dicemarkan!

    BalasPadam