Khamis, Februari 04, 2010

UPACARA TAHLIL DAN BACA YASSIN

Malam ni ada majlis membaca Surah Yassin beramai-ramai. Semua penduduk baru diberitahu semalam sebenarnya. Katanya sempena upacara tahlil kerana salah seorang penduduk telah meninggal dunia.

Ada juga yang merungut kerana penduduk diminta untuk membawa sumbangan juadah. Pihak pengajur akan hanya menyediakan teh tarik dan air sirap.

Biasanya penduduk hanya disyorkan untuk menyumbang. Tetapi malam ni semua diminta untuk menyumbang pula. Mungkin juga ini kerana keluarga arwah tidak mempunyai cukup wang untuk menyediakan makanan.

Apapun Bid tidak ikut pergi ke upacara malam ini. Selalu pun begitu. Ia lebih khusus kepada kaum ibu bapa dan jemaah lelaki sahaja. Tapi tadi, Bid kenalah juga bergegas balik untuk membantu mak menyediakan kuah sos cili dan menggoreng tauhu kerana mak buat tauhu sumbat.

4 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Ada juga yg macam tu ye? .. tp kira macam 'pot luck' la kut?

    BalasPadam
  2. Salam BID.
    Huh tempat BID pun ada kenduri juga! Sekarang zaman meleset, jd kena buat macam tu la ..

    BalasPadam
  3. Salam BID.
    Berjumpa kembali di Maya ya ..

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Datang ziarah juga ni .. BID sibuk juga ke?

    BalasPadam