Khamis, Februari 18, 2010

MALASAN DI RUMAH PULAK

Bid bersama emak dan kakak-kakak Bid dah balik ke rumah. Kita orang baru saja selesai makan tengahari. Tadi kita orang lewat sedikit bertolak dari rumah ibu saudara dari Melaka sana kerana tayar teksi yang disewa itu pula terkena paku. Jadi sampai di rumah pun lambatlah. Ini pun, makan nasi dengan lauk telur dan sardin saja. Tetapi bila dah lapar tu, apa-apa pun sedap.

Sekarang dah kekenyangan, rasa malaslah pula. Nak tidur pun tak selesa juga kerana rumah agak berantakan kerana dah hampir seminggu ditinggalkan dengan abang-abang Bid. Emak suruh terus berkemas, tapi kita orang semua memberi alasan kepenatan.

Jadi ni tengah duduk malasan sajalah di rumah. Walaupun dah melepak semasa bercuti ke kampung emak, masih belum puas juga. Hehe ... biasalah kan? Sementara emak belum naik angin, kita bermalasanlah sekejap. :)

3 ulasan:

  1. Salam BID.
    Sesekali tu mmg boleh, tp jgn sampai jd tabiat pulak .. tak elok sgt :)

    BalasPadam
  2. Amboi, seronoknya lepak2 duduk goyang kaki tu? Jgn melayan sgt perasaan, susah nanti:)

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Ni rasanya BID tukar warna juga kan?
    Hmmm, jgn terlalu melayan rasa malas tu, nnti badan jd lesu & minda pun beku.

    BalasPadam