Jumaat, Februari 12, 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun harimau, pada hari minggu nanti, Bid nak ucapkan Selamat Hari Raya Cina . Semoga tahun ini membawa erti dan rezeki yang lebih baik dari tahun yang dahulu.

Rasanya semua orang mengambil cuti panjang. Kalau tak ke mana-mana pun, mungkin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sendiri. Bid dan dua kakak Bid akan ikut emak balik ke kampung di Melaka untuk menziarahi bapa saudaranya yang sedang agak uzur kerana sakit tua. Kata emak mungkin kita semua akan berada di sana selama dua atau tiga hari.

Selamat bercuti ya. Berhati-hati di dalam semua urusan. Insya Allah, bertemu lagi selepas cuti panjang ini nanti.

5 ulasan:

  1. Salam BID.
    Laa, orang Melaka jugalah kiranya ni? .. betul ke pandangan orang tentang warga Melaka tu?

    BalasPadam
  2. Wkmslm KERI, Pak Caq & DANZ.
    Terima kasih byk kerana ziarah Bid.
    Bid masih di Melaka ni.
    .. :) KERI agaknya mmg ada org Melaka yg kekwek kut, angin Barat-Daya .. kah kah!

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Selamat bercuti.

    BalasPadam