Isnin, Februari 08, 2010

TEMAN ISTIMEWA

Dua tiga hari lepas ni, Bid jadi keliru. Emak asyik marah-marah semua kita orang adik beradik terutamanya Along, Angah dan Alang. Ada-ada saja tak kena. Bila ditanya apa masaalah sebenarnya tak nak pula beritahu.

Baru sekejap tadi barulah jelas sebab utamanya. Rupanya emak risau kerana tiada siapa lagi dari kalangan kita orang adik beradik yang sudah berumur 20 tahun atau lebih ni yang dah kahwin. Along, Angah dan Alang (berumur 27, 25 dan 24 tahun) masing-masing belum mempunyai teman istimewa yang boleh dijadikan calon pasangan hidup. Kakak dan Bid pun tentulah belum mempunyai teman istimewa juga.

Along kata beliau tak nak ada teman istimewa sekarang. Angah tidak berminat juga lagi kerana beliau mahu cuba mencari pekerjaan yang lebih baik dahulu. Sementara Alang telah putus kasih tahun lepas, dan masih belum bertemu penggantinya. Kakak pula ada memberitahu Bid yang dia baru saja mengenali seseorang yang mula rapat dengannya. Tapi katanya ia masih terlalu awal untuk membuat komitmen kerana mereka baru saling cuba memahami hati budi masing-masing.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi kita orang beritahu emak supaya terus bersabar saja. Bila tiba jodoh tu kahwinlah.

2 ulasan:

  1. Aslmkm BID.
    Memang ya, jika sudah ada jodoh pasti terjadi juga, tiada apa yg dpt menghalang, tp harus sentiasa berdoa & byk bersabar dlm mencari jodoh itu ... Insya Allah direstui dgn yg baik utk kita.

    BalasPadam
  2. Salam BID.
    Waduh! .. Mak marah-marah pula ya, tak apa .. teruskan saja mencari dan berdoa, dan jangan letakkan byk syarat, Insya Allah berjumpa nanti.

    BalasPadam