Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 25, 2011

DALAM KASIH DAN HORMAT

Bid masih ingat nasihat Mama.  Kata Mama, 'Kalau marah atau geram sangat kepada seseorang yang berperangai keanakan, cubalah buat mimik muka di belakang orang tu.  Selalunya akan membantu untuk segera hilang perasaan marah atau geram tu!'

Masaalahnya orang yang membuat perangai keanakan itu adalah Mak sendiri.  Memang sukar sekali!

Dalam cuba menjaga perasaan kasih dan hormat kepada ibu pun kami adik beradik memang rasa amat marah dan geram dengan Mak.  Ini adalah kerana Mak masih tak habis-habis mencari kesalahan kami.  Hari minggu semalam Mak datang ke rumah sewa kami dan mengamuk gara anak kecil!

Tapi kami cuba sedaya upaya untuk membendung perasaan marah dan geram tu.  Bid beritahu tentang nasihat Mama.  Walaupun tidak seharusnya begitu, perbuatan tu jauh lebih baik dari bergaduh atau bertekak dengan Mak.

Jumaat, Julai 22, 2011

KAMI IKUT TERPALIT

Sepatutnya emak tidak mengambil tindakan sedemikian.  Tapi nasi sudah menjadi bubur.  Memang nak diapakan lagi.

Gara-gara emak menyuruh orang lain membuat separuh dari pesanan kami, bekalan tidak cukup dan juga tidak sama kualitinya.  Mereka yang berkenaan membuat hanya separuh bilangan saja, dan saiznya berbeza-beza.  Kata mereka tak sempat dan sukar untuk membuat dalam saiz yang sama.

Pihak pengedar sudah memutuskan untuk membatalkan saja tambahan kontrak dulu itu.  Kami juga diberi amaran keras.

Sekarang ni terbalik pula jadinya.  Emak yang marah-marah pada semua orang.  Pada hal emak yang membuat onar; kami ikut terpalit!

Kakak mengajak kami bertiga beradik untuk hidup berasingan dengan emak.  Tujuan utamanya supaya kami tidak akan terjebak begini.  Emak pun tak perlu selalu marah-marah lagi.

Isnin, Februari 14, 2011

TAK SEMESTINYA KERANA 'VALENTINE'

Kata orang Hari Kekasih adalah hari mengingati kekasih.  Kata ulama Hari Kekasih adalah bercanggah dengan aqidah Islam.  Islam adalah melebihi segalanya.

Sumber Google

Tapi Bid memang suka bunga ros.  Jadi buat hiasan sajalah di blog Bid.  Memang tak ada maksud lain.  :)

Isnin, Januari 24, 2011

BIL API LETRIK NAIK

Sejak beberapa hari lepas selepas mendapat bil letrik letrik, Mak asyik marah-marah dan berleter saja.  Mak kata pasal kita orang pakai laptop hari-hari berjam-jam.

Aduh!  Siapa berani nak menjawap Mak.  Mula tu Alang cuba memberitahu sebab sebenarnya.  Mak naik hangin terus memukul Alang dengan teruk juga.  Selepas tu semua orang diam saja.  Siapa pun dah tak berani guna laptop di rumah sejak dua hari lepas.

Sebenarnya bil letrik tu naik sebab setiap malam kita orang membuat kueh tempahan sampai hampir tengah malam.  Bukan saja pasang lampu, tetapi juga menggunakan oven juga untuk membuat biskut.

Mulai awal bulan Januari 2011, ada tempahan membuat biskut tart sebanyak 200 pek untuk Hari Tahun Baru Cina.  Tempahan itu adalah melalui tauke yang menempah karipap dan murtabak secara kontrak tu juga.

Kita orang semua rasa kecil hati juga.  Bertungkus lumus membantu mendapat pendapatan lebih.  Tetapi masih begini keadaannya.  SEDIH!!!

Jumaat, Julai 23, 2010

BENCI TAPI RINDU

Sekarang setiap minggu Astro Ria menyiarkan cerita Indonesia 'Benci Bilang Cinta' sebanyak empat episod, satu setiap hari. Cerita ini juga diulang tayang pada sebelah malamnya dan pada keesokan harinya serta juga pada hari Sabtu.

Seronok cerita ini. Apa yang jelas, orang yang saling menyayangi juga sering saling menyakiti antara satu sama lain. Derita perit bertambah gara-gara kesombongan diri, serta juga kerana antara yang sangat mencintai itu takut akan melukai hati orang yang dicintai.

Berbelit-belit juga cerita ini. Tapi Bid yakin ramai ikut terbuai bersama suasana yang dipaparkan. Hakikatnya ramai orang dapat merasa ada kebenaran cerita ini.

Dulu pun orang terikut dengan suasana irama 'Benci Tapi Rindu' yang berkumandang sana sini. Aneh juga perasaan manusia kan?

Rabu, Jun 02, 2010

ALLAH SENTIASA BERSAMA

Kejam, kejam, kejam!!! Sungguh kejam pihak zionis Israel ni! Mereka tidak peduli apa orang kata dan tidak sensitif dengan reaksi sedunia. Zionis terus mengganas!

Tapi Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang beriman dann benar. Apa pun yang berlaku kepada orang-orang yang beriman, janji Allah kukuh bahawa mereka akan mendapat ganjaran dan pertolongan dariNya.

Alhamdulillah rakyat Malaysia diberitakan semuanya terselamat. Kita doakan semoda mereka segera selamat pulang.

Sabtu, Mac 13, 2010

SUSAH JUGA

Mulai Selasa kelmarin, kita orang kena buat kerja tambahan kerana ada tugasan baru sedangkan kakitangannya belum ada lagi. Bos janji akan memberi ganjaran 10% daripada gaji asas sehingga jawatan berkenaan diisi.

Jadi tak ada ruang berehat selain dari waktu makan. Itu pun kita orang semua kena berkejar-kejar kerana nak solat zohor lagi. Oleh sebab itu Bid tak dapat la nak buat N3 baru atau pun ziarah2 ke. Balik rumah lagi la tak boleh nak buat sebab netbook tu cuma ada masa kakak balik rumah je.

Nasib la, sebab nak beli sendiri pun mahal juga tu dan tiap-tiap bulan bayar pun mahal juga. Hati memang hendak, tapi nanti Mak mesti mengamuk sebab masih ada banyak lagi keperluan lain. Mahu tak mahu sabar jer ......

Sabtu, Februari 20, 2010

ALANG SUDAH BERSETUJU

Pagi ini Alang memberitahu emak bahawa dia bersetuju untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga. Jelas sekali emak amat gembira.

Sejak pulang dari bercuti, Alang telah meminta pandangan Bid, kakak dan Along mengenai calon suami yang disyorkan semasa balik Melaka tempuhari. Calon ini kiranya adalah ciri-ciri suami yang serba sederhana; nampak baik, ada rupa juga dan bekerja tetap dengan kerajaan (kumpulan B).

Sebenarnya calon berkenaan ada pertalian keluarga juga, tapi agak jauh. Kita orang semua pernah bertemunya beberapa kali. Bila bertemu lagi terakhir ini, beliau telah menyatakan hasrat kepada kedua ibu bapanya untuk memperisterikan Alang jika Alang masih belum terikat dengan sesiapa. Kedua ibu bapanya pun terus saja memanjangkan kepada emak dan ahli keluarga terdekat yang lain. Beliau pula memberi cenderahati berserta nota pendek kepada Alang. Semua bersetuju untuk memberi masa hingga cuti sekolah yang akan datang ini untuk melangsungkan pertunangan jika Alang tiada halangan.

Kata Alang dia menyerahkan kepada takdir, dan mendoakan yang terbaik. Katanya nak menunggu pun belum tentu dia akan berjumpa orang yang lebih baik. Sekarang Alang pun dah berusia 25 tahun lebih, dan emak amat risau juga takut Alang menjadi andartu ..... :)

Pada emak semua harus diambil kira. Katanya Bid dan kakak pun harus mula serius memikir tentang jodoh ..... kahkah! Walhal Bid baru akan masuk 20 tahun pada bulan September nanti, sementara kakak pula hanya dua tahun lebih tua dari Bid. Tetapi kakak kata dia mungkin menerima teman kuliahnya yang dia rasa agak istimewa orangnya dan menyayanginya.

Isnin, Februari 08, 2010

TEMAN ISTIMEWA

Dua tiga hari lepas ni, Bid jadi keliru. Emak asyik marah-marah semua kita orang adik beradik terutamanya Along, Angah dan Alang. Ada-ada saja tak kena. Bila ditanya apa masaalah sebenarnya tak nak pula beritahu.

Baru sekejap tadi barulah jelas sebab utamanya. Rupanya emak risau kerana tiada siapa lagi dari kalangan kita orang adik beradik yang sudah berumur 20 tahun atau lebih ni yang dah kahwin. Along, Angah dan Alang (berumur 27, 25 dan 24 tahun) masing-masing belum mempunyai teman istimewa yang boleh dijadikan calon pasangan hidup. Kakak dan Bid pun tentulah belum mempunyai teman istimewa juga.

Along kata beliau tak nak ada teman istimewa sekarang. Angah tidak berminat juga lagi kerana beliau mahu cuba mencari pekerjaan yang lebih baik dahulu. Sementara Alang telah putus kasih tahun lepas, dan masih belum bertemu penggantinya. Kakak pula ada memberitahu Bid yang dia baru saja mengenali seseorang yang mula rapat dengannya. Tapi katanya ia masih terlalu awal untuk membuat komitmen kerana mereka baru saling cuba memahami hati budi masing-masing.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi kita orang beritahu emak supaya terus bersabar saja. Bila tiba jodoh tu kahwinlah.

Ahad, Ogos 16, 2009

SUKARNYA HIDUP INI

Salam kembali.

Hari ini baru Bid dpt guna komputer ni lg. Kakak buat kertas kerja katanya, jd dia tak bg Bid sentuh langsung komputer. Dia kata nanti kacau. Bid pun akur saja la, sbb nanti semua org lain ikut marahkan Bid juga.

Ni semua org pergi makan kenduri sempena sambut Ramadhan. Bid tak nak ikut, sbb nak masuk blog. Semua org pesan jgn lama-lama & pastikan kerja rumah mesti selesai bila mereka balik nanti. Terasa sgt pedihnya hidup ini ...

Tp Bid tak nak cerita yg sedih-sedih kerana nanti Bid lg rasa bertambah sedih. Masa beginilah Bid teringat nasihat Mama dulu. Bunyinya lebih kurang begini, "Hidup ni kena usaha sendiri. Kena bertanggung-jawap. Masa kecil, belajar, tu tanggung-jawap, jadi anak yg baik. Bila besar, nanti jadi manusia berguna. Tp belajar dulu sampai habis ..."

Bid pun bukan anak yg pandai. Mama kata, "Macam mana pun, usaha sampai dah tak boleh lagi. Lepas tu baru berdoa & berserah."

Benar kata Mama. Bid balik duduk dengan Mak & Ayah, ikut suka saja. Berbeza semasa duduk dengan Mama. Mama marah bila Bid tak mahu & malas belajar. Di kampung, Bid selalu kena marah bila tak tolong buat kerja rumah & tak tolong jaga adik dsbnya. Selalu juga kena pukul dengan mak dan abang. Keluarga pun tak senang. Masa tu la Bid nak balik duduk dengan Mama tp Ayah kata tak boleh lagi.

Jd sekarang Bid rasalah teramat susahnya. Bid tidak lulus SPM. Sekadar sijil tamat sekolah, Bid hanya dapat kerja sebagai pembantu kedai. Pun mak tak kasi sebab tak ada siapa nak tolong buat kerja rumah kerana kakak dah kerja.

Mama & Abah sedia terima Bid, tp Mak suruh Bid balik duduk rumah juga. Jadi tak tahulah bagaimana masa depan Bid nanti.

Sabtu, Ogos 08, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN MAMA DAN ABAH

Salam.

Bid masih menunggu dan mengharap ada yang sudi menjadi rakan Bid di maya ini.

Bid nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 30+ untuk Mama dan Abah. Bid doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan di rahmati Allah.

Jangan lupa pada Bid ya.

Walaupun Mama bukan ibu kandung, cuma sekadar ibu saudara, tapi Bid sayangkan Mama kerana Mama telah membantu Bid sekeluarga. Terima kasih.

Selamat Ulang Tahun Sekali lagi.

Salam untuk semua yang lain. Semoga sudi menjadi teman Bid di alam maya ini.