Jumaat, Julai 22, 2011

KAMI IKUT TERPALIT

Sepatutnya emak tidak mengambil tindakan sedemikian.  Tapi nasi sudah menjadi bubur.  Memang nak diapakan lagi.

Gara-gara emak menyuruh orang lain membuat separuh dari pesanan kami, bekalan tidak cukup dan juga tidak sama kualitinya.  Mereka yang berkenaan membuat hanya separuh bilangan saja, dan saiznya berbeza-beza.  Kata mereka tak sempat dan sukar untuk membuat dalam saiz yang sama.

Pihak pengedar sudah memutuskan untuk membatalkan saja tambahan kontrak dulu itu.  Kami juga diberi amaran keras.

Sekarang ni terbalik pula jadinya.  Emak yang marah-marah pada semua orang.  Pada hal emak yang membuat onar; kami ikut terpalit!

Kakak mengajak kami bertiga beradik untuk hidup berasingan dengan emak.  Tujuan utamanya supaya kami tidak akan terjebak begini.  Emak pun tak perlu selalu marah-marah lagi.

3 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Walaubagaimanapun tetap ibu juga.
    Jika dengan duduk berasingan boleh mengurangkan ketegangan, boleh ambil langkah itu. Cuma cakap baik saja.

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Kekadang terjadi begini.
    Dugaan berat!
    Tapi insya Allah, ganjaran juga hebat!
    Banyak2 bersabar & carilah jalan keluar terbaik.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Ibu adalah untuk selamanya, biar bagaimanapun!
    Berbanyak sabar ya. Cubalah sentiasa berlembut.
    Insya Allah besar pahalanya

    BalasPadam