Rabu, April 28, 2010

MASIH TAK LENGKAP JUGA

Rupanya ada komputer saja pun tak cukup lengkap lagi. Bid tak pula perasan sebelum ini sebab main guna pakai yang kakak dan ofis punya.

Sekarang apabila dah ada komputer sendiri, Bid kena pula langgan dengan broadband dengan salah satu penyedia khidmat ini. Mahal juga pekejnya tu.

Buat masa sekarang Bid tak boleh pakai di rumah sebab tidak berlanggan dengan Streamyx, TM. Kakak pakai melalui handfon 3G. Jadi jika kakak tak ada di rumah, atau kakak tengah menggunakan komputernya, Bid tak boleh pakai juga.

Mama kata itulah yang dinamakan bagi tiap sesuatu memang ada tanggung-jawapanya. Bid tak faham pula hari itu.

Jadi sekarang Bid kena fikirlah dan buat pilihan sendiri samaada untuk berlanggan dengan penyedia khidmat, ataupun membeli handfon yang ada 3G. Tetapi handfon 3G macam cenggitu mahal juga, dan jika mahu, kenalah kumpul duit dulu.

Mungkin Bid akan berlanggan dengan Maxis dulu kerana ada pekej yang lebih murah sedikit tu. Tapi, apa-apa pun kena kira dan tengok budget dulu la .. hehe!

5 ulasan:

  1. Salam.
    Ya, di dunia segalanya berkisar dgn duit!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Bid masih muda, jgn mudah kecewa & hampa. Bina keazaman & berusaha, pasti dipermudahkan. Bila lambat berhasil anggap sbg dugaan & cabaran utk gigih lg.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Semua yg kita lakukan dgn berusaha sendiri akan selalu dipermudahkan nanti, insya Allah.

    BalasPadam
  4. Salam.
    Sentiasa bersyukur dgn rezeki .. akan memudahkan rezeki seterusnya, insya Allah.

    BalasPadam