Isnin, April 26, 2010

MAIN 'GAMES'

Hehe. Dah ada komputer kecil sendiri ini, Bid lebih banyak main games la pulak. Memang seronok juga sebab macam-macam games ada.

Lagi pun Bid rasa main games ada kebaikannya juga. Kita pun tak payah nak kata sesiapa, dan kita tak kacau orang juga.

Tapi tadi bos dah sound pulak. Agaknya dia nampak Bid main games masa rehat tengahari tadi, dan dia ingat Bid asyik main saja tak buat kerja. Atau ada si pengadu-pengadu agaknya la tu.

Apapun Bid tahu Bid tidak mencuri tulang dan masa pejabat. Kerja Bid memang Bid kerjakan. Bid ingat pesan Mama supaya tidak menyalah-gunakan kemudahan yang ada.

Ya, kira jam kerja dari pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang dengan 1 jam rehat. Maknanya tujuh jam produltiviti itu kewajipan kerja sejajar dengan perjanjian. Tapi hari-hari sekurangnya Bid kerja lebih setengah jam.

Agaknya itu yang selalu dikatakan yang kita kena 'work smart' dimana masa bos ada kerja bagai nak rak, tapi sebaik bos hilang kerja tergantung. Entahlah. Tapi, Bid memang kerja dengan jujur dan ikhlas.

1 ulasan:

  1. Aslmkm.
    :) Mungkin lbh eluk main games masa luar pejabat, sbb jika di dlm, ada impak kpd staf lain ... kecuali la jika duduk dlm bilik sorang2.
    'Work-smart' itu bermaksud mulia, tp disalah tafsirkan. Itu la yg jd mcm2. Nak ulas pun panjang sgt. :)

    BalasPadam