Isnin, Ogos 02, 2010

LETIH JUGA NAK BUAT KUEH

Pada hari Sabtu semalam Bid, Alang dan kakak telah pergi ke Seremban untuk membeli semua barang-barang kelengkapan yang perlu bagi membuat biskut raya yang sudah ditempah orang tu. Letih juga pusing-pusing mencari bahan di kedai bahan-bahan kek serta juga membeli bekas untuk mengisi biskut tu.

Pada hari Ahad pula kami pergi ke pasar besar untuk membeli nenas untuk di buat jem. Ingat nak terus buat jem, tapi Mak kata gas cuma tinggal sedikit dan kami belum membeli gas baru bagi tong yang sudah kosong. Mak takut nanti kehabisan gas dan kami belum ada bekalan baru.

Tadi sewaktu nak turun kerja, kakak sudah pesan pada kedai pembekal gas. Harap-harap dia hantar bekalan tu ke rumah hari ini juga.

Jika semuanya berjalan dengan baik, malam ini kami bercadang nak buat jem tu. Kenalah mula awal sebab nanti lama juga nak buat jem sampai betul-betul masak dengan baik dan sesuai.

5 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Semua hasil usaha baik memberi rezeki halal yg diberkati.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...raya sakanlah taon ni..

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Memang segala kerja tu meletihkan .. tapi jika pulangannya baik, kita buat juga.

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Biar keje susah tapi rezekinya berkat. Hidup jauh lebih baik dgn rezeki sebegini.

    BalasPadam