Khamis, Jun 10, 2010

BILA IKUT HATI

Macam-macam boleh berlaku bila kita hati. Rasa nak ketawa pun ada, rasa kecewa pun ada juga. Gara-gara mengikut hati kerana jandanya kahwin lagi, seorang lelaki telah membakar masjid dekat Sepang.

Seorang lelaki dipercayai mabuk telah bertindak berbuat demikian kerana jandanya telah berkahwin baru. Dia dipercayai telah menggunakan petrol untuk membakar ruang utama sembahyang. Kemudian dia malah tidur di sana pula. Lelaki itu melarikan diri sebaik saja dia menyedari kehadiran penduduk kampung.

Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM300,000. Mengikut kenyataan, polis sudah mengenal pasti suspek berkenaan tetapi tangkapan belum lagi dibuat. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaaan.

Benar sebagaimana kata pepatah: Jika seseorang mengikut hati, nanti boleh mati!

6 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Ya benar .. ikut hati mati!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Tiada ilmu merambu, sakit hati boleh mati!

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Memang kalau ikut hati jadi begitu!

    BalasPadam
  4. Salam.
    Satu pengajaran betapa manusia mesti bertanyakan iman & taqwa.

    BalasPadam
  5. Salam balas ziarah ni. :)

    BalasPadam
  6. marahkan nyamuk kelambu dibakar pon betul jugak... donia.. donia...

    BalasPadam