Isnin, Mac 08, 2010

BARU TAHU 'JAWI'

Selama ini Bid ingatkan perkataan 'Jawi' hanya bermaksud tulisan menggunakan huruf-huruf jawi. Hari ini baru Bid tahu rupanya ada lagi makna dan maksud lain. Kebetulan wakil pembekal peralatan pejabat tadi menceritakannya kepada Bid dan staf-staf lain semasa beliau menghantar stok.

'Jawi' yang bermaksud tulisan menggunakan huruf-huruf jawi memanglah tulisan dari pengaruh Islam, dan berasal dari tulisan Arab. Seingat Bid penulisan Jawi dah lama wujud di Nusantara kita. Malah Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara kita juga tertulis dalam abjad Jawi.

Kita sering juga melihat tulisan Jawi ini. Antara perkataan dan kalimah yang amat popular serta sering kita tulis dan baca dalam Jawi = Arab ialah:

'Jawi' juga ialah sebuah bandar kecil di Pulau Pinang. Pekan kecil ini terletak berhampiran pekan Nibong Tebal dan pekan Sungai Bakap di kawasan Parlimen Nibong Tebal, Seberang Perai.

Satu lagi makna 'Jawi' ialah kumpulan orang-orang Pulau Pinang dari keturunan kahwin campur India dan Melayu. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan Mamak.

Disamping itu ada juga warga golongan 'Jawi Peranakan' yang merujuk kepada golongan elit Muslim dari keturunan campuran warga Asia Selatan dan warga berketurunan Melayu kelas atasan. Warga Asia Selatan adalah berasal dari wilayah India Utara dan Pakistan. Kebanyakan mereka adalah dari puak Punjabi dan Gujerati. Mereka mengahwini perempuan Melayu tempatan dan keturunan mereka inilah yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

Jawi adalah perkataan Arab bagi wilayah Asia Tenggara. Peranakan pula diertikan sebagai hasil kelahiran. Maka lahirlah Jawi Peranakan itu. Di Pulau Pinang mereka dikenali sebagai 'Jawi Pekan.'

Kebanyakan mereka tinggal di Pulau Pinang dan Singapura. Mereka juga dikenali sebagai golongan elit yang kaya raya. Tapi katanya sekarang ini bilangan mereka sudah tidak begitu ramai.

6 ulasan:

  1. Salam BID.
    Info yg interesting juga ni .. harap2 betul juga!

    BalasPadam
  2. Aslmkm BID.
    Ya ka gitu? Saya pun org utara, jd saya juga tahu tentang perkara/keadaan ini ...

    BalasPadam
  3. Salam BID.
    Saya ada juga dgr cerita ni. Bagus la anda paparkan dgn baik di sini utk dikongsikan bersama. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    La .. ada juga yg belum tahu. Kat Penang tu ramai juga Jawi Pekan, tp kebanyakan adalah geng Mamak & anak Mami.

    BalasPadam
  5. Aslmkm BID.
    Mungkin ada orang yg tdk tahu, terutama di kalangan org muda ... elok jugalah BID memberitahu.

    BalasPadam
  6. Kepada Zizaq, CIKDAH, DANZ, KERI & Anty G:
    Terima kasih semua di atas sokongan & komen. Bid dah pun balas ziarah semua. TK sekali lg.

    BalasPadam