Selasa, Mac 16, 2010

NIKAH BERWALIKAN AYAH ANGKAT?

Hari ini Bid dapat cuti sakit kerana sakit perut. Kata doktor, Bid keracunan makanan. Agaknya kerana gulai masak lemak daging salai yang Bid makan semalam itu. Rasanya seperti sudah nak basi, tapi Bid habiskan juga.

Apapun, bagus juga dapat berehat sehari di rumah. Kebetulan kakak pun sedang bercuti dan duduk lepak-lepak saja di rumah.

Sebenarnya Bid nak ceritakan satu isu yang Bid dengar dalam cerita di TV3 sebentar tadi, iaitu dalam drama bersiri "Tasbih Cinta." Jalan ceritanya tadi ialah pasangan berkenaan akan dinikahkan, dan nenek kepada bakal pengantin perempuan meminta ayah angkat menjadi wali kerana beliau telah memelihara cucunya dari kecil lagi. Biar betul!

Indonesia ni pakai hukum mana ya? Jelasnya, setahu Bid, itu bukan Islam. Mana ada hukum syarak yang membenarkan ayah angkat menjadi wali? Malah, setahu Bid juga, jika pernikahan sedemikian berlaku, hukumnya adalah pernikahan itu tidak sah.

4 ulasan:

  1. Aslmkm BID.
    Astaghfirullah. Jangan diikut apa orang buat kerana kita akan dihisab mengikut perbuatan kita ...
    Segala yg kita lakukan dlm kehidupan mesti patuh kpd hukum mengikut Wahyu Allah ... jika tak tahu belajar, sekurang2 dengan orang yg berilmu sp para ulama ...

    BalasPadam
  2. Salam BID.
    Jangan ikut .. ini sangat tersasar! .. lg pun tu drama, & Indon ni mmg lain sgt dgn kita.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Berastagfar byk2 .. jgn mudah percaya & jgn sesekali terikut .. kita mesti belajar dari ulama & cerdik pandai.

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    Indon dgn kita tak sama dr dulu lg .. mana boleh mcm tu, bersalahan dgn hukum syarak.

    BalasPadam