Selasa, Mac 23, 2010

UCAPAN DAN TITAH

Banyak hari juga Bid duduk fikir samaada nak buat entry mengenai perkara ini. Selagi difikir selagi Bid rasa keliru dan tertanya-tanya sendiri. Jadi lebih baiklah Bid tanya di Maya saja. Mungkin ada yang dapat memberi penjelasan.

Isunya ialah tentang ucapan dan titah para pembesar negara di acara-acara tertentu. Bukan apa, Bid cuma pelik saja kenapa dalam sesuatu ucapan atau titah tu ada pujian berlebih-lebihan untuk pemerintah atau pemimpin tertentu. Kekadang perkara yang diucapkan tu pun tidak ada kaitan dengan acara yang sedang dilancarkan atau sedang berjalan.

Bid ada dengar dari beberapa saluran. Katanya apabila seseorang kenamaan nak meresmikan apa-apa acara, penganjur atau pegawai-pegawai kerajaan tertentu yang membuat ucapan untuk beliau berikan diupacara itu.

Inilah yang Bid rasa musykil. Sepatutnya ucapan itu padat dan ringkas mengenai acara berkenaan. Kenapa harus puji berlebihan kepada parti atau pemimpin tertentu? Pelek, sungguh pelek!!!

6 ulasan:

  1. Aslmkm BID.
    Dunia ini mmg penuh dgn pelbagai kepalsuan & penipuan .. org lain punya kerja, org lain dpt dapat nama; kerja org lain, orang lain pula ambil nama .. kan sudah ada pepatah Melayu berkata begitu!!!

    BalasPadam
  2. Salam.
    Memang dah lama begitu .. jd org2 yg suka diampu akan menyuruh org2nya mengampu dirinya melalui mana2 saluran juga!! Kira masuk bakul, angkat sendiri .. hehe.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Realitinya begitulah - kerbau punya susu sapi dpt nama & si ketua yg suruh buat selalu perintah naikkan imej dirinya!

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    Saya sendiri kurang arif. Yang saya dengar pun begitu jugalah.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Ntahlah .. agaknya gitu la kut .. saya tak keje gomen, jd tak tahulah :)

    BalasPadam
  6. Aslmkm semua. Bid dah pergi menziarahi kembali. Nanti jumpa lagi .. :)

    BalasPadam