Selasa, Mac 02, 2010

'WAKIL RAKYAT BERKARAT!'

Ini kira macam slogan ala-ala '1Malaysia' juga agaknya. Sejak dua menjak ni, Bid asyik dengar slogan 'Wakil Rakyat Berkarat' di sana sini, diucapkan gaya-gaya berseloroh gitu.

Mungkin kerana akhir-akhir ini ada beberapa kerat wakil rakyat yang berlompat, melompat dan terlompat :) ..... pun sebahagian dari gaya berseloroh. Yang satu kata begini, yang lain kata begitu ..... buat kita bingung saja!

Apapun, Bid sendiri rasa tidak percaya kepada mereka yang melompat sana sini macam katak tu. Biasanya katak tu akan hanya melompat keluar dari tempat duduknya yang sedia ada untuk mencari paya, kolam atau tempat yang lebih selesa dan baik untuk dirinya.

Jika seseorang itu asyik cuba mengatakan yang dia melakukan segalanya kerana bangsa, dan bukan kerana kepentingan diri sendiri, tentu ada yang tak kena. Selalunya, manusia yang melakukan sesuatu untuk dirinya atau membuat salah itulah yang lebih-lebih mencuba meyakinkan orang bahawa dia yang baik, ikhlas dan tidak mementing diri. Betul tak?

9 ulasan:

  1. Aslmkm BID.
    Pandai juga berseloroh ya! .. dunia dah akhir zaman kata orang .. jd kita terus kukuhkan iman kita sendiri sambil berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kita & mereka yg tersasar itu pula mendapat petunjuk & segera insaf.

    BalasPadam
  2. Wkmslm Pak Caq.
    Bid teruja hari ini. Akhirnya Pak Caq sudi ikut Bid. Terima kasih bbyk. Hehehe .. sukanya hati!

    BalasPadam
  3. Aslmkm BID.
    Hehehe ... kelakar nih ...
    Tp sesuatu yg menyedihkan juga ... betapa senario politik negara sekarang sudah menjadi bahan jenaka!

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    Memang ramai orang mentertawakan sandiwara lucu kan?

    BalasPadam
  5. Salam BID.
    Kah3 .. bukan di M'sia saja. Sp dunia juga mempersendakannya!

    BalasPadam
  6. Salam BID.
    Ya la, lawak!
    BID, nnti tlg beri sokongan moral pada sepupu Keri, iaitu Cik, dengan ikut dia juga ya?

    BalasPadam
  7. Aslmkm Kak G, DANZ, KERI & secangkir madu merah:

    Terima kasih bbyk.

    Bid nnti mampir ya? :)

    BalasPadam
  8. Aslmkm BID.
    Terima kasih kerana memberi sokongan moral kepada saya.
    Menarik juga cerita ini ya, tp lawak la!

    BalasPadam