Isnin, Julai 26, 2010

ADA MEREKA KISAH!

Semalam Bid dan kakak serta Alang pergi ke Seremban untuk membeli kasut dan beberapa kelengkapan Hari Raya yang Mak pesan. Merata juga kita orang merayap dari selepas Zohor sampai selepas waktu Maghrib. Solat Asar dan Maghrib pun di kompleks membeli-belah saja.

Semasa nak balik terserempak dengan kawan lama kakak bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Mereka berpakaian seksi dan kelihatannya mahu pergi menghadiri pesta.

Kakak pun bertanya kawannya nak ke mana? Selamba saja dia jawap nak ke disko lepak-lepak bersama ramai lagi geng mereka. Dia mengajak kita ikut sama.

Alang pula mencelah bertanya, "Bukan ke di tempat tu orang minum dan mabuk-mabuk?"

Jawapnya dengan sinis dan bangga, "Ada aku kisah! Hidup dan muda sekali, enjoy la. Di sana orang high-class belaka!"

4 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Jangan terpengaruh dengan gejala seperti ini ya!

    BalasPadam
  2. salam bid, biarlah mereka dgn gaya hidup mereka...muda memang sekali sebab itulah masa muda diisi dgn perkara2 yg mendatangkan faedah jgn disia2kan usia muda yg sekali itu...

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Jangan disia2kan peluang yg Allah SWT beri. Tentu lebih baik utk memperbaiki diri utk kebahagiaan yg abadi!

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Jika mereka tak mahu ambil kisah, kita jangan terikut jadi bodoh macam mereka pula ya!

    BalasPadam