Jumaat, Oktober 01, 2010

KENDURI RAYA

Esok di kampung Bid akan diadakan kenduri Raya. Ini idea ketua kampung untuk memberi peluang kepada semua penduduk beramah-mesra sesama mereka.

Bagus juga kali ini tiada kutipan wang dibuat. Sebaliknya ketua kampung menggunakan wang keraian dari wakil rakyat yang memang khusus untuk tujuan seperti ini.

Walaupun begitu, penduduk di minta bergotong royong menyediakan makanan. Jadi malam ini nanti ada acara membakar lemang dan membuat rendang. Mak dah pesan supaya kami adik beradik balik kerja awal supaya dapat membantu.

Pagi hari ini Bid bertolak datang kerja awal supaya Bos tak bising bila balik awal sedikit nanti. Dah sampai awal, Bid menghadap komputer la dulu. Hehe.

8 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Mesti seronok! Luas2kan mata tu .. pandang2 je le! :)

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Ya,bagus tu. Teruskan silaturrahim.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Hmmm. Tentu seronok beramai-ramai nanti.

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Mesti hari ini sibuk kan?

    BalasPadam
  5. Raya sakan sampai habis Syawal! Kehehe.

    BalasPadam
  6. Salam Bid.
    Bagaimana jamuan hari ini?

    BalasPadam
  7. Salam Bid.
    So apa cite sekarang?

    BalasPadam