Sabtu, November 27, 2010

TAK JADI TONTON 2 ALAM

Sebenarnya Bid, kakak dan Alang telah pun berjanji nak pergi menonton wayang bersama dengan dua kawan sekampungpadi hari minggu ini.  Tapi bila tiba harinya hanya Bid saja yang mahu meneruskan rancangan awal itu.  Jadi Bid kena akur dengan suara majoriti la! :(

Namun begitu selepas bercerita sesama sendiri, mungkin ini adalah keputusan yang baik.  Rata-rata mereka yang membuat komen  mengenai filem ini mengatakan ia adalah sebuah filem dengan cerita yang amat mengecewakan.

Mungkin gahnya sebelum ini adalah sekadar mahu propa supaya orang pergi menonton.  Bid rasa tentu komen negatif yang ada akan memberi impak sebaliknya.

Mungkin juga penerbitnya yang popular dengan diet untuk kuruskan badan itu sasarkan pelanggan produknya.  Kalau semua pelanggan pergi menonton filem ini, tentulah pecah panggung.  Rupanya tak menjadi realiti.

8 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Memang komen2 negatif setakad ini!
    Kalau semua orang yg ingin nak tengok betulkah negatif tu .. mungkin boleh sampai juga sasaran penerbitnya! HEHEHE!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Memang elok tak pegi la!

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Memang banyak buat komen negatif.
    Tetapi pengeluarnya marah!

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Hehehe .. tak pe nanti tengok filem lain la!

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Ini kena ikut selera & timbang tara sendiri la kot! :)

    BalasPadam
  6. Salam Bid.
    Tak payah tengok la .. ramai sangat kata tak best .. tak syok la tu!

    BalasPadam
  7. Salam Bid.
    Ya, tak payah nonton la!

    BalasPadam
  8. Salam Bid.
    Filem tu jelas gagal mencuit rasa warga kita.

    BalasPadam