Sabtu, Januari 09, 2010

ZIARAH NENEK

Ni Bid sedang berada di Felda Sendayan. Lepas kerja semalam, Bid bersama-sama dengan dua orang kakak datang ke sini kerana menziarah nenek sebelah arwah bapa.

Nenek sedang sakit tua yang agak berat juga. Sejak minggu lepas kita orang nak datang, tapi mak tak izinkan. Bila dengar nenek dah bertambah teruk, ibu saudara kat Seremban terus datang menjemput kita orang tiga beradik. Katanya besok, beliau akan datang untuk menghantar kita orang balik pula.

Kesian juga nenek sebab beliau hanya tinggal berdua beranak dengan Mak Ngah yang juga sedang sakit kerana terkena buatan orang. Tapi nak buat macamana, tak siapa lain yang dapat tinggal bersama kerana masaalah biaya. Tak ada peluang kerja dengan gaji yang agak baik di sini. Semua kena keluar kerja ke tempat lain. Penduduk di sini memang pun macam kaya-raya kerana dapat pampasan jualan tanah Felda Sendayan tu.

Kita orang pun macam mati kutu juga ni. Nasib baik kakak bawa laptop dan boleh dapat talian daripada rumah jiran-jiran di sini.

Rabu, Januari 06, 2010

RAMAI ORANG CUTI LAGI AGAKNYA!

Baru kejap ni tadi, Bid lawat ke beberapa blog. Tapi banyak blog tu belum lagi buat update. Agaknya ramai orang masih cuti lagi la.

Ingat tadi Bid nak abiskan waktu rehat makan tengahari melawat ke blog. Nampaknya nanti kena cuba di lain waktu pula. Kalau tak, esok jer ..

Selasa, Januari 05, 2010

HARI MULA KERJA

Hari ini Bid mula kerja balik. Semalam sepatutnya masuk kerja tetapi bos beri satu hari cuti bonus untuk semua pekerja bahagian Bid kerja iaitu bahagian pakaian.

Dari sumber yang dipercayai, katanya sebab utama ialah kerana pakaian baru belum sampai lagi semalam. Tapi apa pun sebabnya, bagus jugalah dapat cuti tambahan tu. Sempat juga habiskan kerja mengemas bilik selepas abang mengecatnya di hari minggu tu.

Isnin, Disember 28, 2009

KAKAK PERGI 'CAMPING'

Wah Bid teruja pulak dengan laptop hari ini. Kakak sudah pergi 'camping' semalam untuk beberapa hari. Kata kakak dia pergi sampai hari Khamis nanti . Dia tinggalkan laptop di rumah dan suruh Bid jaga. Peluang baik untuk Bid buat entry dan luangkan masa banyak sikit :) ... bes kan!

Sekarang dah tak ada idea pulak nak tulis apa. Ok, nanti Bid masuk lagi!

Sabtu, Disember 26, 2009

UCAPAN SELAMAT

Salam semua. Lama betul Bid tak buat entry dekat blog. Macam-macam cerita ada, tapi tak tahu bila ada masa pulak nak bercerita tu. Bukan apa, kekadang saja laptop ni free dan Bid boleh guna. Tu yang jadi malas. Selalu Bid baca blog2 yg Bid suka jer.

Apa pun, ni nak ucapkan selamat kepada sesiapa yang singgah ke blog Bid. Semoga tahun baru ini membawa rezeki dan rahmat yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang jauh lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431
&
SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hingga jumpa lagi, selamat semuanya ya.