Rupanya ramai orang yang nak buat tempahan membeli bikut untuk Hari Raya Haji ini. Tak sangka pula tempahan melebihi raya puasa tempuhari.
Walaupun mulanya kami hanya mahu menerima tempahan untuk sekitar 10,000 biji = 100 tempahan, kami terpaksa mengalah dengan rayuan ramai lagi yang mahu membeli. Akhirnya kami terpaksa juga terima tempahan yang dua kali ganda banyaknya.
Hari ini Bid dan Alang akan pergi membeli segala barang keperluan. Ikut rancangan, besok kami dah nak mula membuat biskut yang ditempah.