Mulai minggu ini Bid mula menjual tart keju perasa jem 'blueberry' juga. Bid dapat resipinya dari blog Datin Dr Fauziah. Tempuhari Bid bertanya, beliau kata boleh juga buat jual!
Sebenarnya minggu lepas Bid telah cuba buat sehingga tiga kali. Selepas mencuba tiga kali, Bid bawa sampel ke ofis untuk dicuba-rasa oleh rakan-rakan se ofis dan juga mereka yang bekerja di ofis berdekatan.
Selepas ada order dari lebih lima puluh orang melebihi 100 biji, Bid pun buatlah. Tapi ini hanya sampingan seminggu sekali saja. Kiranya ini adalah sebagai tambah wang belanja untuk Bid.
Kalau hari-hari memang susah juga nak membuatnya. Ini Bid buat pagi ini supaya tartnya segar. Bid sudah berjanji akan buat tart segar, tapi bekalannya hanya seminggu sekali saja.
Bid cuba juga ambil gambar. Tapi Bid memang tak pandailah. Lagi pun, kamera Bid 'cokia' cap ayam ni! :)