Selepas berehat dari membuat kueh-mueh, kita orang sudah mula mengambil tempahan semula sejak hari minggu semalam. Kali ni alhamdulillah, ada la bertambah sedikit.
Sekarang Mak sudah tidak masuk campur dalam urusan tempahan yang diterima. Kami tiga beradik sudah pindah menyewa rumah. Semua adalah diatas saranan dan dengan pertolongan Along.
Alasan kukuh yang diberikan ialah ini lebih mudah untuk kami ke tempat kerja kerana rumahnya lebih dekat. Tambahan pula rumah sewa kami tidak jauh dari rumah sewa Along.