Sabtu, Mac 27, 2010

KAKAK BERTUNANG

Hari ini kakak Bid yang pertama, Alang, resmi bertunang dengan jejaka kenalan keluarga di kampung sebelah Mak. Majlis baru saja selesai sekejap tadi.

Semua orang nampak gembira. Tentulah Alang dan tunangnya yang paling gembira. Mereka nampak sepadan. Sayangnya Alang tak izinkan gambar-gambarnya dan majlis pertunangan ini disibarkan ke mana-mana. Alang dah buat Bid berjanji sejak semalam lagi. Nak buat macam mana!

Apapun, Bid nak ceritasikit tentang hantaran dan syarat-syarat yang berkaitan. Mak dan Along bersetuju untuk meminta hantaran sebanyak RM 8,000 sahaja dengan sebentuk cincin berlian dan mas kahwin sebanyak RM 80. Agaknya berdoakan kepada keberuntungan seperti kepercayaan orang Cina. Semua yang lain akur saja.

Insya Allah, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hujung tahun nanti. Tarikh sebenar belum ditetapkan. Tetapi besar kemungkinan ia akan diadakan pada bulan December.

6 ulasan:

  1. Salam.
    Tahniah buat kak Alang.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Alhamdulillah. Sampaikan ucapan tahniah kepada Alang ya.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Tahniah buat kakak Bid. Semoga selamat bertemu jodoh & bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  4. Salam.
    Ucap selamat kepada kakak. Semoga bahagia.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Ucapan tahniah untuk Alang, semoga berkekalan bahagia.

    BalasPadam