Khamis, Mac 18, 2010

KATA HATI, "KERANA KASIH AKU IKUTKAN"


Bid lihat sejak kebelakangan ni banyak pula cerita dan berita pasal budak perempuan Malaysia yang lari dengan pemuda Lombok. Selepas dah lari, bernikah dan duduk di Lombok dengan segala keperitan hidup, barulah rasa amat susah. Lama-lama mereka sudah tak tahan. Akhirnya, mereka pun diselamatkan oleh keluarga di Malaysia dengan bantuan pelbagai pihak.

Hebat juga jalan cerita ini ya. Mereka-mereka yang perempuan ni mula-mula mengikut kata hati iaitu "kerana kasih aku ikutkan" nampaknya. Rupanya cinta buta tu pada masa mula saja. Lepas tu cinta celek juga rupanya.

Esok-esok boleh jadi trend pula. Susah sangat nak dapat lelaki Malaysia, carilah saja jejaka Indon, Bangla ke India. Mereka-mereka ni pun memang mat jiwang juga, pandai memujuk sampai mahu pula si perempuan tu ikut.

Bid dan kakak pun pernah juga dingorat oleh jejaka Indon dan Bangla. Nasib baik juga Bid dan kakak takut bila mereka mula menghampiri dengan segala pujuk rayu tu. Sebaliknya, Bid dan kakak cepat-cepat lari naik bas untuk balik rumah. Kakak Bid suruh baca ayat-ayat Al Quran. Alhamdulillah, selamat.

5 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Ya, .. jika diturutkan hati bisa mati!
    Bagus utk sentiasa mendekatkan diri dgn Allah. Insya Allah, selamat.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Mujur juga kakak Bid ada untuk saling mengingatkan dgn BID. Sentiasa ingat utk amalkan membaca ayat AlQuran terutamanya Ayat Kursi. Insya Allah, terpelihara.

    BalasPadam
  3. Aslmkm BID.
    Orang-orang Lombok tu ada gaya2 org Johor kut ... ckp bahasa BM sp kita juga ... lemah lembut & baik budi pulak ... tu buat Minah2 Msia pun tertawan! :) Apapun, berhati2 la ya!

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    Tu mungkin jugak kerana lelaki Msia jual mahal!

    BalasPadam
  5. Salam.
    Orang Lombok mmg ada misi mencari jodoh di sini juga la tu. Byk pompuan Msia pula bila dgn lelaki luar layan .. tu jd gitu!

    BalasPadam