Jumaat, Mac 05, 2010

KESAN IKLAN

Nasib baik juga kakak Bid balik bercuti hari minggu awal. Dapat juga Bid pinjam guna laptop kakak tu. Tadi Bid tak sempat nak buat entry tentang cerita Bid termakan propaganda iklan.

Tengahari tadi Bid dan kawan singgah makan pizza di Pizzahut. Bukan apa, kami dah seminggu teruja nak makan set pizza saiz personal yang katanya ada tambahan keju, tapi harganya masih sama.

Jenuh berpanas kerana cuaca agak terik juga. Tapi dik kerana keinginan nak makan tu dah sampai ke kemuncak, kita orang redah juga.

Sampai saja di Pizzahut, kita terus mengambil tempat dan buat order. Bila dah dapat makanan yang dipesan, rupanya tak ada beza benar pun. Lebihan keju tu tak nampak dan tak terasa pun.

Itulah bahananya bila kita termakan dengan tarikan promosi yang intensif. Iklan Pizzahut ternyata berkesan. Mana tidaknya, hari-hari kita disajikan dengan iklan di media akhbar dan TV serta juga 'flyers' yang diedarkan.

4 ulasan:

  1. Aslmkm BID.
    Memang begitu .. manusia senang termakan pujukan .. tp tak apa jugak, sedap tu!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    :) ... sbb tu dah mmg gimik perniagaan ... kekadang ada kesamaan dgn politik juga :)

    BalasPadam
  3. Salam BID.
    Betul kata Kak G .. tu gimik perniagaan yg mengelirukan rakyat!

    BalasPadam
  4. salam..., iklan itu cara mereka melakukan perniagaan mereka..org kata marketing strategy... terpulang pada diri kita sendiri utk menilainya...

    BalasPadam