Khamis, Jun 24, 2010

HOBI MENGINTAI

Bid rasa geli hati pun ada juga membaca berita di muka depan Harian Metro hari ini. Padahal cerita yang dipaparkan adalah berita serius mengenai seorang bapa beranak lima yang sudah berumur lebih 4oan tahun yang suka mengintai anak dara. Beliau telah tertangkap basah dan dihadapkan ke mahkamah.

Di kampung Bid ada juga lelaki jenis ini. Mereka suka mengintai orang mandi pada waktu sekitar Maghrib dan Subuh. Maklum saja rumah-rumah di Rancangan Felda bilik airnya kebanyakannya adalah ruang asing di hujung dapur. Kebanyakan bilik air dikepungi oleh zink serta tidak berbumbung. Kalau dibina konkrete pun separa pinggang saja.

Keadaan demikian seperti memudahkan pengintip melaksanakan hobi mereka. Oleh sebab itu ada juga keluarga yang memastikan ada seorang ahli keluarga lain yang duduk berdekatan dengan bilik air semasa salah seorang anak perempuan sedang mandi.

Ramai orang juga tahu siapa mereka yang suka mengintip. Tetapi kebanyakan penduduk tidak suka mencari pasal. Ramai yakin jika masing-masing pandai menjaga diri dan mengambil langkah-langkah yang perlu, pengintai itu tidak akan memudaratkan sesiapa, dan lama-lama mereka akan jemu sendiri.

9 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Gitu pulak sikap orang kampung Bid. Sepatutnya bawa saja mereka tu ke muka pengadilan!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Eh mana boleh ambil sikap macam tu? Orang begitu tak boleh dibiarkan, merbahaya!

    BalasPadam
  3. Salam.
    Ish3 Apahal tu? Pasal tu ler dia orang lagi buat!

    BalasPadam
  4. salam Bid.
    Macam2 hal! Pelek juga sikap orang kampung Bid ni ya?

    BalasPadam
  5. Salam BID.
    Selalunya ni hobi orang2 muda .. ini umur sudah dekat 1/2 abad masih tak insaf. Kat kpg BID tu orang2 berumur juger ke?

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    La ish3 .. macam2 hal?

    BalasPadam
  7. Salam Bid.
    Kenapa dibiarkan begitu ya?

    BalasPadam
  8. Aslmkm semua.
    Bid sudah pun membalas kunjungan. Bid tinggal komen pada yang ada N3 baru. :)

    BalasPadam