Ahad, Julai 04, 2010

CERITA SERAM

Petang tadi Bid dan kakak menaiki motorsikal nak pergi ke Jelebu. Mak suruh pergi cari dan beli beberapa barang dapur. Kata Mak kedai dekat sudah kehabisan stok.

Selepas keluar dari simpang masuk ke jalan besar kelihatan sebuah kereta yang jalan ke tepi dan ketengah. Kakak tak berani nak potong.

Mungkin pasangan suami isteri atau sepasang kekasih yang menaiki kereta itu. Apa yang jelas mereka sedang bergaduh. Pemandunya, iaitu yang lelakinya, asyik menepis tangan dan serangan si perempuan.

Entah macam mana kereta berpusing dan terus menghadang perjalanan kami. Kakak tak dapat mengawal, dan kami pun terus tercampak jatuh dengan agak kuat juga. Kereta itu pun melanggar pokok di tepi jalan dan terbalik juga.

Masa itu Bid fikir mati saja sebab tiba-tiba saja kereta tu menghadang jalan kami. Kakak pengsan sekejap. Kami luka ditangan dan kaki. Kakak turut luka berdarah di dahi kerana terhentak di permukaan jalan.

Ini adalah pengalaman yang seram. Pemandu kereta berkenaan memberi kami sejumlah wang pampasan dan minta supaya melapurkan kemalangan ini. Yang perempuan nampak mengalami kecedraan juga. Tetapi Bid tak pergi dekat dia pun.

Bid dan kakak akur dengan permintaan pemandu berkenaan. Kakak kata tak payah kecuh-kecuh sebab semuanya itu nanti akan menyusahkan saja. Kata kakak wang pampasan yang diberikan itu agak lumayan, kerana motor pun tidak mengalami kerosakan selain dari lampu saja yang pecah.

Esok Bid cuti sakit. OK jugalah, boleh rehat-rehat di rumah untuk hilangkan rasa sakit dan sengal akibat terjatuh tu.

6 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Alhamdulillah Bid tak mengalami akibat yg lebih buruk. Rehatlah .. nnti tak trauma sangat.

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Nasib baik juga tidak serius. Bersyukurlah.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Walaupun luaran sp tidak apa2, elok check betul2 dalaman juga ya!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Jengah lagi ni :) ... dah OK?

    BalasPadam
  5. salam bid, harap2 dah sembuh dari sakit...

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Terfikir2 tentang BID ... masih tak OK?

    BalasPadam