Rabu, September 29, 2010

BANYAKNYA KERJA

Suasana di ofis sudah balik seperti sedia kala. Semua kakitangan sudah balik bekerja. Bos pula sudah asyik ronda saja.

Sekarang ni kerja semakin banyak pula rasanya. Mungkin juga perjalanan kerja sebelum ini tersangkut di beberapa bahagian. Jadi bila semua berjalan seperti biasa, ada kerja menjadi lebih banyak.

Dari hari Isnin, masih lagi ada kerja yang lambat bergerak. Banyak betul rasanya. Sudah dah buat berhari-hari, masih tak habis-habis kerja ni.

4 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Hidup mesti bekerja untuk mencari rezeki.
    Ada masa banyak kerja, ada masa lapang sikit .. biasalah!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Selagi bernafas, memang ada kerja yg harus dilakukan ... ada yg wajib, ada sunat & ada yg harus!
    Lakukanlah dengan ikhlas. Insya Allah kita akan terus diberkati.

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Kalau dikira & dihitung lagi rasa banyak.
    Sementelah buat saja la. :)

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Kalau banyak kerja, kurangkan rehat, lebihkan kerja. Nanti cepat habisnya! :)

    BalasPadam