Sabtu, September 04, 2010

MASAALAH LEMANG

Pagi ni Bid tengok dah ramai jiran-jiran sudah dikunjungi keluarga anak-anak mereka yang bekerja di ibu kota. Sebelah-sebelah rumah sudah riuh dengan suara cucu mereka. Nampaknya tahun ini mesti lebih bingit dengan suara anak cucu menantu di malam Raya nanti.

Sementara tu semalam Mak menerima tempahan membakar lemang lagi. Semakin banyak tempahan lemang yang Mak terima, semakin besar kemungkinan ia akan menjadi masaalah. Jika jadi kita orang akan teruk dikerah membakar lemang-lemang tu nanti.

Sebenarnya Along sudah berpesan melarang Mak mengambil tempahan membuat lemang tahun ini. Tapi nak kata apa. Siapa berani melawan kemahuan Mak. Semua anak-anak mengurut dada menahan sabar.

Sekarang pesanan yang diterima sudah mencecah 68 batang. Mungkin kerana Mak mengenakan bayaran yang jauh lebih murah. Mak menjual antara RM 8 - 10 sebatang.

Masaalahnya ialah buluh susah nak dapat. Biasanya Angah pergi membelinya di kampung. Tapi tahun ni, Angah memang nampak uzur sangat. Along dah cakap hal ini dengan Mak. Mak buat tak endah saja.

Kita orang dengar Mak pesan dengan seseorang. Tapi sampai harini, orang yang dipesan tu belum menghantar lagi. Malah dia ada beritahu kemungkinan sukar nak dapat dalam jumlah yang banyak.

Aduh! Takut la nanti Mak bergaduh dengan orang pula! :((

6 ulasan:

  1. salam,

    serba salah juga dibuatnya kan..

    terima kasih kerana follow balik..

    dan selamat hari raya..

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Serba salah jadinya kan?

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Hidup ini memang dipenuhi dengan pelbagai dilema. Jalan terbaik, ikut selagi mampu untuk mengelakkan pergisiran!

    BalasPadam
  4. Salam ziarah.
    Degil orang tua susah dilentur! Lagi serba salah bila ibu sendiri kan? Sabar jer ler!

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    :) Ikut saja la.
    Bersedia juga menghadapi masaalah selanjutnya! Nanti segalanya akan lebih mudah. Insya Allah.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Dah selesai masaalah? :)
    Ceria2kan hari raya.
    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

    BalasPadam