Ahad, Oktober 24, 2010

IKUT RENTAK MAK

Setakad sekarang ini Bid, kakak dan Alang baru buat lebih kurang 8,000 biji biskut.  Mula ingat nak buat hingga ke petang nanti.  Tapi Mak dah mula berang mengajak pergi memenuhi jemputan kenduri sambil menziarahi saudara di Seremban.  Jadi terpaksalah ikut rentak Mak saja.  Jika tidak lain pula jadinya nanti.

Sekarang tengah menunggu Angah.  Janjinya 2.30 petang dia akan sampai.  Jadi Bid boleh la masuk laman sekejap.  Hehe.

Sebenarnya ada banyak lagi biskut yang mesti dibuat kerana jumlah semuanya adalah 23,500 keping iaitu 235 tempahan.  Nampaknya pada hari minggu yang akan datang kena bersengkang mata la pulak.

Harap-harap juga Mak akan memegang pada janjinya.  Mak janji bahawa minggu depan kita boleh meneruskan urusan memenuhi tempahan.  Kalau nak keluar pun, Mak janji tak akan ganggu kita.

7 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Itulah anak yang baik. Cuba sedaya boleh untuk membahagiakan ibu. Semoga diberkati ya.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Menyenangkan hati ibu besar pahalanya!

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Baiknya anak ini. Semoga diberkati!

    BalasPadam
  4. Aslmkm semua.
    Bid dah pergi ziarah semua blog Danz, DDrfauziah & Sanna.
    Ni dah dekat waktu keje. So sedang elok saja.
    Terima kasih di atas sokongan ya!

    BalasPadam
  5. Salam Bid.
    Sejuk ibu mengandung!

    BalasPadam
  6. Salam Bid.
    Alhamdulillah. Teruskan amalan mendahului ibu. Insya Allah diberkati!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Semoga segala usaha dipermudahkan. InsyaaAllah.

    BalasPadam