Isnin, Oktober 11, 2010

REZEKI DATANG LAGI

Sejak semalam, Bid, kakak dan Alang dah mula menerima tempahan untuk buat biskut Raya Haji.  Kita orang dah bersetuju untuk membuat biskut ini dengan kenaikan harga RM2 bagi setiap jenis biskut.

Nampaknya para pelanggan yang membeli untuk Raya Aidilfirti dulu puas hati.  Walaupun dinaikkan harga, ramai yang telah menempah semula.  Mereka dapat terima alasan bahawa dulu kami salah budget untuk mentega dan bekas pelastik yang telah naik harga.

Lagi pula tawaran harga kami ialah untuk 100 biji setiap satu pesanan.  Kira-kira harga kami jauh lebih murah jika mereka bandingkan dengan jualan di pasaran.

Tempahan baru saja mula diterima semalam.  Setakad sekarang sudah ada tempahan untuk sebanyak 5,800 biji biskut.  Kami bertiga bersetuju menerima tempahan hingga sekitar 10,000 biji.  Jika sampai ke angka ini, alhamdulillah. :)

8 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Alhamdulillah.
    Banyak juga pendapatannya .. kira2 boleh untung 30-40% - jadi tambahan pendapatan dah masuk 4angka kan?

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Bagus la gitu.
    Rezeki jangan ditolak .. memang ada orang jadi jutawan dengan kueh/biskut ni.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Syukur alhamdulillah.
    Semoga terus dimurahkan rezeki, amin.

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Murahnya rezeki.
    Bersyukurlah ya.

    BalasPadam
  5. Salam Bid.
    Semoga terus diberkati dengan rezeki yg murah.

    BalasPadam
  6. Salam Bid.
    So macam mana order? Lumayan?

    BalasPadam
  7. Aslmkm semua.
    Terima kasih di atas sokongan.
    Bid dah balas ziarah semua.

    BalasPadam