Selasa, Oktober 05, 2010

RUGI BISING PULA

Sejak dari hari Ahad Mak bising memanjang lagi. Memang semua dah tahu perkara ini akan berlaku. Tetapi nak buat macam mana sebab Mak tak hendak dengar buah fikiran dan pandangan anak-anak langsung.

Ini cerita ekoran dari Mak mengambil tempahan membuat lemang Raya dulu itu la. Benar seperti yang kami adik-beradik cuba membuat Mak faham bahawa kerja itu tidak akan berbaloi.

Sekarang setelah mengalami kerugian, Mak marah habis semua orang termasuk kami adik-beradik. Nak cakap apa pun tak boleh. Kami hanya dapat mencari saluran lain untuk menghilangkan rasa kecewa.

Tak pasal-pasal Mak suruh Bid dengan Alang pula membayar duit harga buluh itu. Aduhhh!

6 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Hehehe!
    Biasa ler!
    Dengar yg tak dengar tu ajer ler! :)

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Bila jadi orang dewasa menuju usia tua memang macam2 perkembangan negatifnya.
    Biarkan sajalah selagi tidak memudaratkan & ada rezeki menampungnya. Jangan pula nanti dipanggil anak derhaka.

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Memang itulah dilema anak-anak!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Jika dapat, berbicaralah secara baik. Jika tidak, maafkan dia & berdoalah semoga dilembutkan hatinya untuk mendengar nasihat yang baik dari anak-anak.

    BalasPadam
  5. Salam Bid.
    Anak yang baik pasti mendapat ganjaran baik!

    BalasPadam
  6. Salam ziarah.
    Begitulah .. tak apalah mengalah kepada ibu. Tuhan tahu.

    BalasPadam