Isnin, Februari 21, 2011

MULA SIBUK KEMBALI

Minggu ini jadual kerja harian Bid bersama Alang dan kakak akan menjadi sibuk kembali.  Kerja membekal makanan mengikut pesanan baru bermula sejak semalam.

Semalam pengedar sudah mengesahkan pesanan mingguan untuk kontrak baru selama setahun.  Mereka juga ada tempahan khas tambahan untuk Hari Raya.

Kalau dikira-kira, memang lumayan juga pendapatan dari kontrak baru ini.  Harap-harap Mak tak akan buat hal lagi.  Jika Mak macam-macam pun, insya Allah perkara seperti dulu tak akan berulang.  Perjanjian kali ini berbentuk dokumen sah. 

Sewaktu menandatangani kontrak semalam, kita orang sudah pastikan bahawa semua terma adalah sahih dan jelas.  Mengikut perjanjian baru ini segala urusan mesti tertakluk kepada perjanjian hitam putih yang mesti dipersetujui antara kedua belah pihak.  Segala isi perjanjian mesti ditandatangani oleh pihak kami tiga beradik sebagai pembekal serta pihak mereka sebagai pengedar dengan disaksikan oleh Tok Ketua Kampung.

Along juga turut membantu supaya semua perkara akan lebih lancar.  Kalau tidak memang susah nak meyakinkan Mak.  Untung juga Along dapat membuat Mak terpaksa akur dengan semua yang diatur.  Alhamdulillah.

10 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Alhamdulillah murah rezeki.

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Syukur. Rezeki baik punya! Hehe.

    BalasPadam
  3. Salam semua.
    Terima kasih banyak semua ya.

    BalasPadam
  4. Salam Bid.
    Bersyukur la dengan segala nikmat rezeki.

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Alhamdulillah.
    Semoga BID terus dimurahkan rezeki; semoga semua rezeki dimanafaatkan dengan cara terbaik. Amin.

    BalasPadam
  6. Aslmkm.
    Ikut mengaminkan doa Kak G.

    BalasPadam
  7. Aslmkm semua.
    Terima kasih semua ya diatas sokongan & nasihat.
    Bid dah balas semua kunjungan.

    BalasPadam