Sabtu, April 23, 2011

NOTEBOOK KAKAK PAKAI

Sudah dua minggu kakak pinjam notebook Bid.  Laptop kakak rosak dan kakak sedang diperingkat akhir thesisnya.  Bila dia minta untuk pinjam Bid, takkan tak bagi pula.

Hari ini baru kakak balik cuti hujung minggu.  Katanya dia perlu gunakan notebook lagi hingga ke hujung bulan.  Bid tak terkata apa.  Nak buat macam mana?

Selama kakak pinjam notebook hanya dapat masuk ke laman sekejap-sekejap semasa kelapangan kerja di ofis.  Jadi jarang-jarang sekali dapat berziarah ke blog rakan.

Bid bersyukur kerana masih ada yang sudi menjengah.  Malah ada pengikut baru lagi.  Alhamdulillah!

6 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Kakak belajar lagi ke?
    Tak apa Bid .. berbuat baik tentu diberkati.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Hmmm ... kongsi sesekali & menolong tu amalan baik. Insya Allah akan diberkati.

    BalasPadam
  3. Salam kenal.
    Bantu membantu sesama keluarga bagus.

    BalasPadam
  4. Aslmkm semua.
    TK banyak ya.
    Bid dah pun ziarah kembali.

    BalasPadam
  5. Salam kenal.
    Saya dah follow balik.

    BalasPadam