Khamis, Julai 14, 2011

SEMUA LETIH DENGAN EMAK

Sejak beberapa bulan ini semua amat letih dengan kerenah emak.  Apa saja yang anak-anak buat semuanya tak kena.  Memang tak diajak berunding langsung.  Siapa mencuba juga akan dibelasah pulak!

Ramai juga saudara menasihatkan emak supaya jangan terlalu mengongkong dan kasar dengan anak-anak.  Bila ada sesiapa cuba menasihatkan emak, kami juga yang kena!

Mengikut uztaz di kampung, lebih baik untuk adik-beradik ambil sikap tak berkata apa-apa bila emak mengomel.  Biarkan saja dia begitu.

Memang rasa resah gelisah.  Kami pun insaf bahawa kami perlu bersikap baik kepada ibu-bapa.  Tapi apa juga kami buat tidak kena saja di mata emak.  Jadi macam mana?

5 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Ini la antara dilema anak!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Sabar saja la. Nak buat macam mana.

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Memang kena banyak bersabar. Cuba elakkan dari bertembung!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Yang penting bersihkan hati & cuba lakukan yang terbaik. Allah Maha Tahu.

    BalasPadam