Alhamdulillah, dengan berkat kegigihan Bid sekeluarga, pihak pengedar makanan segera ini telah menambah tempahan mulai 1 Mach ini. Tambahan tempahan hanyalah berjumlah antara RM 1000 - 2000 saja sebulan, bergantung kepada bekalan yang dapat disiapkan. Jumlah ini amat bererti buat Bid semua.
Tambahan tempahan ini melibatkan tempeyek kacang seperti gambar di atas. Resipi dan bahan mereka yang beri. Kira ambil upah saja iaitu dengan harga 5 sen sekeping,
Kontraktor akan mengambil seminggu sekali jumlah yang dapat disediakan. Bayaran pun tunai. Jadi kira amat membantu.
