Cepatnya masa berlalu. Sekejap saja dah 5 Mei. Dah lama rupanya Bid tak buat N3.
Macam terlebih sibuk daripada orang-orang yang sibuk pulak. Sebenarnya Bid tak berapa sibuk sangat. Hanya selalu keletihan dan ketandusan idea. Balik-balik cerita yang sama.
Tak best la cerita yang sama saja berkali-kali. Tapi memang begitu rutin hidup Bid. Kerja dan kerja.
Balik rumah Bid ikut sama buat kueh yang ditempah secara kontrak tu. Hari minggu pula Bid buat tart bluberry bagi memenuhi permintaan yang semakin baik.
Permintaan untuk blueberry tart tu memang tinggi. Bid pula yang tak sanggup nak buat. Jadi Bid hanya terima tempahan untuk hantaran hari Isnin saja. Itu pun Bid tak dapat memenuhi semuanya.