Sabtu, Jun 18, 2011

TERUJA NAK NGUNDI

Kalau betul PRU 13 akan segera diadakan, Bid berazam nak pergi mengundi.  Kiranya takkan nak sesiakan peluang menentukan pemimpin.

Bid dengar ada usaha memalaysiakan sebahagian besar rakyat indon.  Tak tahu sejauh mana benarnya.  Tapi Bid tengok ramai warga indon ni begitu teruja menayangkan kad pengenalan malaysia baru mereka. 

Macam mana boleh jadi ya?  Tak tahu la!  Cuma seram juga kalau orang indon tiba-tiba menentukan corak masa depan kita.

Rabu, Mei 25, 2011

MEMANG SALAH SENDIRI

Orang-orang kita memang suka buat sesuatu ikut kehendak dan selera sendiri.  Walaupun kita mesti prihatin dengan mangsa dan korban musibah, kita harus juga bersikap rasional.

Pada Bid, jika orang awam lebih bertanggung-jawap, banyak perkara-perkara tidak baik dielakkan.  Sepertimana Rumah Anak Yatim di Hulu Langat tu, logik mana pun pasti menunjukkan bahawa kedudukan merbahayakan.

Jadi walaubagaimanapun juga, memang salah mereka yang mendirikan dan mentadbirkan Rumah berkenaan.  Orang yang ingin melakukan kebajikan sekalipun tidak boleh terus menerus bersikap degil.

Khamis, Mei 05, 2011

LAMA TAK BUAT N3

Cepatnya masa berlalu.  Sekejap saja dah 5 Mei.  Dah lama rupanya Bid tak buat N3.

Macam terlebih sibuk daripada orang-orang yang sibuk pulak.  Sebenarnya Bid tak berapa sibuk sangat.  Hanya selalu keletihan dan ketandusan idea.  Balik-balik cerita yang sama.

Tak best la cerita yang sama saja berkali-kali.  Tapi memang begitu rutin hidup Bid.  Kerja dan kerja.

Balik rumah Bid ikut sama buat kueh yang ditempah secara kontrak tu.  Hari minggu pula Bid buat tart bluberry bagi memenuhi permintaan yang semakin baik.

Permintaan untuk blueberry tart tu memang tinggi.  Bid pula yang tak sanggup nak buat.  Jadi Bid hanya terima tempahan untuk hantaran hari Isnin saja.  Itu pun Bid tak dapat memenuhi semuanya.

Sabtu, April 23, 2011

NOTEBOOK KAKAK PAKAI

Sudah dua minggu kakak pinjam notebook Bid.  Laptop kakak rosak dan kakak sedang diperingkat akhir thesisnya.  Bila dia minta untuk pinjam Bid, takkan tak bagi pula.

Hari ini baru kakak balik cuti hujung minggu.  Katanya dia perlu gunakan notebook lagi hingga ke hujung bulan.  Bid tak terkata apa.  Nak buat macam mana?

Selama kakak pinjam notebook hanya dapat masuk ke laman sekejap-sekejap semasa kelapangan kerja di ofis.  Jadi jarang-jarang sekali dapat berziarah ke blog rakan.

Bid bersyukur kerana masih ada yang sudi menjengah.  Malah ada pengikut baru lagi.  Alhamdulillah!

Isnin, April 04, 2011

JUAL TART JUGA

Mulai minggu ini Bid mula menjual tart keju perasa jem 'blueberry' juga.  Bid dapat resipinya dari blog Datin Dr Fauziah.  Tempuhari Bid bertanya, beliau kata boleh juga buat jual!

Sebenarnya minggu lepas Bid telah cuba buat sehingga tiga kali.  Selepas mencuba tiga kali, Bid bawa sampel ke ofis untuk dicuba-rasa oleh rakan-rakan se ofis dan juga mereka yang bekerja di ofis berdekatan.

Selepas ada order dari lebih lima puluh orang melebihi 100 biji, Bid pun buatlah.  Tapi ini hanya sampingan seminggu sekali saja.  Kiranya ini adalah sebagai tambah wang belanja untuk Bid.

Kalau hari-hari memang susah juga nak membuatnya.  Ini Bid buat pagi ini supaya tartnya segar.  Bid sudah berjanji akan buat tart segar, tapi bekalannya hanya seminggu sekali saja.

Bid cuba juga ambil gambar.  Tapi Bid memang tak pandailah.  Lagi pun, kamera Bid 'cokia' cap ayam ni!  :)