Sejak beberapa bulan ini semua amat letih dengan kerenah emak. Apa saja yang anak-anak buat semuanya tak kena. Memang tak diajak berunding langsung. Siapa mencuba juga akan dibelasah pulak!
Ramai juga saudara menasihatkan emak supaya jangan terlalu mengongkong dan kasar dengan anak-anak. Bila ada sesiapa cuba menasihatkan emak, kami juga yang kena!
Mengikut uztaz di kampung, lebih baik untuk adik-beradik ambil sikap tak berkata apa-apa bila emak mengomel. Biarkan saja dia begitu.
Memang rasa resah gelisah. Kami pun insaf bahawa kami perlu bersikap baik kepada ibu-bapa. Tapi apa juga kami buat tidak kena saja di mata emak. Jadi macam mana?