Rabu, Ogos 24, 2011

DI AKHIR RAMADHAN

Awal-awal Ramadhan hari itu ramai pergi berterawih di masjid dan surau.  Kat kampung Bid ni, lebih ramai jemaah perempuan.

Tapi mulai minggu ini hanya tinggal satu saf lelaki dan satu saf perempuan saja.  Suasana semakin lengang.

Di akhir Ramadhan ni orang perempuan sudah mula buat kueh raya.  Orang lelaki tu tak tahu la!

Khamis, Ogos 04, 2011

IBADAH PUASA RAMADHAN

Sedar tak sedar sudah masuk empat hari kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak. Syukurlah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia ini.
 
SELAMAT BERIBADAH
 
Tentu sekali amat baik jika kita dapat melakukan sebanyak amalan. Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan.
 
Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.

Jumaat, Julai 22, 2011

KAMI IKUT TERPALIT

Sepatutnya emak tidak mengambil tindakan sedemikian.  Tapi nasi sudah menjadi bubur.  Memang nak diapakan lagi.

Gara-gara emak menyuruh orang lain membuat separuh dari pesanan kami, bekalan tidak cukup dan juga tidak sama kualitinya.  Mereka yang berkenaan membuat hanya separuh bilangan saja, dan saiznya berbeza-beza.  Kata mereka tak sempat dan sukar untuk membuat dalam saiz yang sama.

Pihak pengedar sudah memutuskan untuk membatalkan saja tambahan kontrak dulu itu.  Kami juga diberi amaran keras.

Sekarang ni terbalik pula jadinya.  Emak yang marah-marah pada semua orang.  Pada hal emak yang membuat onar; kami ikut terpalit!

Kakak mengajak kami bertiga beradik untuk hidup berasingan dengan emak.  Tujuan utamanya supaya kami tidak akan terjebak begini.  Emak pun tak perlu selalu marah-marah lagi.

Khamis, Julai 14, 2011

SEMUA LETIH DENGAN EMAK

Sejak beberapa bulan ini semua amat letih dengan kerenah emak.  Apa saja yang anak-anak buat semuanya tak kena.  Memang tak diajak berunding langsung.  Siapa mencuba juga akan dibelasah pulak!

Ramai juga saudara menasihatkan emak supaya jangan terlalu mengongkong dan kasar dengan anak-anak.  Bila ada sesiapa cuba menasihatkan emak, kami juga yang kena!

Mengikut uztaz di kampung, lebih baik untuk adik-beradik ambil sikap tak berkata apa-apa bila emak mengomel.  Biarkan saja dia begitu.

Memang rasa resah gelisah.  Kami pun insaf bahawa kami perlu bersikap baik kepada ibu-bapa.  Tapi apa juga kami buat tidak kena saja di mata emak.  Jadi macam mana?

Sabtu, Jun 18, 2011

TERUJA NAK NGUNDI

Kalau betul PRU 13 akan segera diadakan, Bid berazam nak pergi mengundi.  Kiranya takkan nak sesiakan peluang menentukan pemimpin.

Bid dengar ada usaha memalaysiakan sebahagian besar rakyat indon.  Tak tahu sejauh mana benarnya.  Tapi Bid tengok ramai warga indon ni begitu teruja menayangkan kad pengenalan malaysia baru mereka. 

Macam mana boleh jadi ya?  Tak tahu la!  Cuma seram juga kalau orang indon tiba-tiba menentukan corak masa depan kita.