Isnin, September 12, 2011

MELAYU BUAT KELIRU

Apa la orang-orang Melayu ni?  Sekarang sudah buat hebuh pertikaikan sejarah pula.

Mengapa mahu buat keliru?  Kalau kita tak pernah dijajah, kenapa sambut Hari Merdeka?  Habis duit juta-juta Ringgit pula lagi!

Selasa, Ogos 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

BILA PAGI BERGEMALAH TAKBIR RAYA
TANDA KEMENANGAN UMMAH BERPUASA
SELAMAT KITA MENYAMBUT HARI RAYA
BID MENYUSUN JARI MAAF DIMINTA

SERONOK GEMBIRA BERSAMA-SAMA
SAMBIL NIKMATI JUADAH LEMANG RENDANG
SALING MAAF BERMAAFAN SESAMA KITA
KELUARGA, SAHABAT SAUDARA SEMUA GIRANG.

Rabu, Ogos 24, 2011

DI AKHIR RAMADHAN

Awal-awal Ramadhan hari itu ramai pergi berterawih di masjid dan surau.  Kat kampung Bid ni, lebih ramai jemaah perempuan.

Tapi mulai minggu ini hanya tinggal satu saf lelaki dan satu saf perempuan saja.  Suasana semakin lengang.

Di akhir Ramadhan ni orang perempuan sudah mula buat kueh raya.  Orang lelaki tu tak tahu la!

Khamis, Ogos 04, 2011

IBADAH PUASA RAMADHAN

Sedar tak sedar sudah masuk empat hari kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak. Syukurlah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia ini.
 
SELAMAT BERIBADAH
 
Tentu sekali amat baik jika kita dapat melakukan sebanyak amalan. Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan.
 
Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.

Jumaat, Julai 22, 2011

KAMI IKUT TERPALIT

Sepatutnya emak tidak mengambil tindakan sedemikian.  Tapi nasi sudah menjadi bubur.  Memang nak diapakan lagi.

Gara-gara emak menyuruh orang lain membuat separuh dari pesanan kami, bekalan tidak cukup dan juga tidak sama kualitinya.  Mereka yang berkenaan membuat hanya separuh bilangan saja, dan saiznya berbeza-beza.  Kata mereka tak sempat dan sukar untuk membuat dalam saiz yang sama.

Pihak pengedar sudah memutuskan untuk membatalkan saja tambahan kontrak dulu itu.  Kami juga diberi amaran keras.

Sekarang ni terbalik pula jadinya.  Emak yang marah-marah pada semua orang.  Pada hal emak yang membuat onar; kami ikut terpalit!

Kakak mengajak kami bertiga beradik untuk hidup berasingan dengan emak.  Tujuan utamanya supaya kami tidak akan terjebak begini.  Emak pun tak perlu selalu marah-marah lagi.