Sabtu, April 23, 2011

NOTEBOOK KAKAK PAKAI

Sudah dua minggu kakak pinjam notebook Bid.  Laptop kakak rosak dan kakak sedang diperingkat akhir thesisnya.  Bila dia minta untuk pinjam Bid, takkan tak bagi pula.

Hari ini baru kakak balik cuti hujung minggu.  Katanya dia perlu gunakan notebook lagi hingga ke hujung bulan.  Bid tak terkata apa.  Nak buat macam mana?

Selama kakak pinjam notebook hanya dapat masuk ke laman sekejap-sekejap semasa kelapangan kerja di ofis.  Jadi jarang-jarang sekali dapat berziarah ke blog rakan.

Bid bersyukur kerana masih ada yang sudi menjengah.  Malah ada pengikut baru lagi.  Alhamdulillah!

Isnin, April 04, 2011

JUAL TART JUGA

Mulai minggu ini Bid mula menjual tart keju perasa jem 'blueberry' juga.  Bid dapat resipinya dari blog Datin Dr Fauziah.  Tempuhari Bid bertanya, beliau kata boleh juga buat jual!

Sebenarnya minggu lepas Bid telah cuba buat sehingga tiga kali.  Selepas mencuba tiga kali, Bid bawa sampel ke ofis untuk dicuba-rasa oleh rakan-rakan se ofis dan juga mereka yang bekerja di ofis berdekatan.

Selepas ada order dari lebih lima puluh orang melebihi 100 biji, Bid pun buatlah.  Tapi ini hanya sampingan seminggu sekali saja.  Kiranya ini adalah sebagai tambah wang belanja untuk Bid.

Kalau hari-hari memang susah juga nak membuatnya.  Ini Bid buat pagi ini supaya tartnya segar.  Bid sudah berjanji akan buat tart segar, tapi bekalannya hanya seminggu sekali saja.

Bid cuba juga ambil gambar.  Tapi Bid memang tak pandailah.  Lagi pun, kamera Bid 'cokia' cap ayam ni!  :)

Khamis, Mac 24, 2011

GAMBAR TAK BEST!

Sudah beberapa hari Bid cuba nak updatekan dengan N3 baru.  Sejak pergi ke rumah Mama lagi Bid tak buat N3.  Jadi tentulah pelbagai perkara yang dibuat dan berlaku.

Banyak cerita yang ada untuk dikongsikan di sini.  Cuma masaalahnya ialah gambar foto yang Bid ambil jadi entah apa-apa.

Bid salah pusing butang control.  Banyak gambar jadi kelabu dan samar-samar.  Geram dan frust betul dibuatnya.

Tapi memang tak boleh nak buat apa-apa lagi la.  Bid pergi tanya kedai foto pun mereka cakap kalau salah teknik tu, tak boleh nak buat apa.

Sabtu, Mac 12, 2011

ESOK BID AKAN KE RUMAH MAMA

Bid dan kakak akan turut bercuti seperti murid dan cikgu sekolah.  Rancangannya nak ke rumah Mama untuk tiga hari.

Kata Mama dan Abah, mereka tak bercuti ke mana-mana.  Hanya ada jemputan kenduri kahwin saja.

Cuma Abang saja sudah ke luar kawasan hari ini hingga sampai ke hujung minggu depan.  Tak mengapalah.

Mak bising juga kerana tempahan terpaksa dikurangkan jumlahnya.  Semua malas nak lawan bicara dengan Mak.  Sudah diberitahu berkali-kali masih juga tak mahu mengerti.

Sebenarnya kami dan kontraktor sudah pun ada persefahaman.  Kami sama-sama bersetuju dari awal lagi bahawa di musim cuti sekolah, bekalan akan dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Sabtu, Mac 05, 2011

TUKAR GAMBAR BARU

Malam ni habis kerja awal pula.  Tak sampai tiga jam sudah siap.  Dah semakin pakar la katakan.  Hehe.

Jadi sekarang semua duduk lepak saja la.  Program kat TV pun tak best sangat.  Malah ada siaran ulangan.

Oleh kerana tak ada kerja, Bid tukar gambar baru dekat profil.  Boleh tahan la kan?  Angkat bakul sendiri!  Hakahkahkah!