Rabu, Januari 13, 2010

JIKA PANDAI "BI"

Kata supervisor di tempat Bid kerja, jika staf pandai dan faseh dalam Bahasa Inggeris, peluang untuk membuat duit yang banyak dan masa depan yang lebih cerah sudah pasti ada. Mengikutnya, Bahagian Pemasaran memerlukan ramai pegawai. Tetapi tidak ada sesiapa pun di kalangan staf yang ada layak untuk posisi-posisi itu.

Sedih juga mendengarnya. Walaupun begitu, bila pihak pengurusan telah memberi penerangan dengan panjang lebar, semua pun faham.

Bid rasa jika perkara ini diberi perhatian khusus sejak awal tentu situasinya berbeza. Mungkin sewaktu sekolah dulu, jika dari awal lagi pelajar dididik ke arah matlamat ini, mungkin pelajar di kawasan Felda dan seangkatan dengannya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

2 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Terima kasih byk di atas dokongan. Insya Allah aunty pun akan sering kunjung balas.
    Jika Bid ingin mempertingkatkan kualiti BI, sering2 membaca dalam BI & praktikkan dgn bercakap dlm BI .. biar ditertawakan tp akhirnya Bid akan bertambah cekap & pandai.

    BalasPadam
  2. Salam Perkenalan.
    Mungkin kita dlm layar bahtera yg sama

    BalasPadam